100 operator hadiri Kursus Pengurusan dan pengendalian bilik air dan tandas anjuran MPD
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
DUNGUN: Kebersihan persekitaran merupakan aspek yang dititik beratkan oleh Majlis Perbandaran Dungun (MPD) seiring dengan taraf perbandaran tidak terkecuali kebersihan tandas awam.
Di dalam usaha meningkatkan kualiti kebersihan tandas di semua premis yang digunakan orang awam MPD menganjur kursus pengurusan dan pengendalian bilik air dan tandas berkualiti yang disertai lebih 100 operator tandas awam milik MPD, pengusaha stesyen minyak, penyelia tandas masjid, kedai makan dan restoran di daerah Dungun.
Yang Dipertua MPD berkata, kursus yang pertama kali itu dikendalikan oleh syarikat pengeluar barangan pencuci iaitu Malaysia Environment Cleaning Science Sdn. Bhd bersama Quality Restroom Association of Malaysia (Q RAM).
“Kursus pengurusan dan pengendalian tandas berkualiti ini adalah program dan akan dijadikan sebagai kursus tahunan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan operator tandas awam sekaligus mengekalkan imej bandar Dungun yang dikenali ramai sebagai sebuah daerah pelancongan yang bersih dan menarik.
“Kita berpuas hati dengan kualiti kebersihan di tandas-tandas awam MPD namun kursus khas seperti ini perlu diadakan bagi memberi pendedahan tentang alatan dan penggunaan teknologi terbaru kepada pengendali tandas awam.
Peserta kursus, Mohd Ali Muhamad, 63, berkata, kursus yang dianjurkan bukan sahaja memberi pengetahuan baru kepada peserta malah ianya juga dapat merapatkan hubungan antara operator tandas awam dengan pihak berkuasa tempatan.
“Penglibatan kakitangan pengurusan Bahagian Kebersihan MPD bersama-sama operator tandas awam sepanjang kursus diadakan menyebabkan para peserta tidak segan untuk meluahkan masalah yang dihadapi dan juga memberi cadangan bagi meningkatkan mutu kebersihan.
“Saya sendiri mengajukan beberapa cadangan kepada pihak pengurusan bahagian kebersihan MPD dan menyatakan ucapan terima kasih kepada MPD yang banyak membantu dari segi peralatan bagi menambahkan keceriaan di tandas awam Gerai Bijangga yang dikendalikan beliau.
“Dengan tambahan kemudahan, penambah baikan tandas-tandas awam dilaksanakan MPD serta hubungan baik antara kakitangan Bahagaian Kebersihan tiada alasan lagi kepada kami tidak memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.
Operator tandas, Ariffin Muslimin, 64, berkata, kursus yang dianjurkan turut menerapkan kemahiran tentang cara-cara berhadapan dengan kaerenah orang awam yang tidak menghargai kemudahan yang disediakan serta tidak menjaga kebersihan.
“Sebagai operator tandas awam lebih 5 tahun saya sudah lali dengan karenah orang awam namun dengan pendedahan berkomunikasi beliau berasa lebih yakin menegur kesalahan orang awam.
“Kursus kesedaran dan kepada orang awam juga perlu digiatkan bagi memastikan kebersihan dan kecerian tandas awam terpelihara,” katanya. END
20544: 20552: YDP MPD, zainal Abidin Hussin merasmi kursus pengendalian dan pengurusan bilik air dan tandas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan