search berita di sini

Ketidakhadiran Pemimpin dalam mesyuarat perhubungan, SMS ugutan bunuh undang pelbagai telahan
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
terengganukuonline.blogspot.com 
Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak hadir di semua aktiviti bahagian Kelana Jaya termasuk dalm mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Razak.
   Manakala di Terengganu, Adun Jabi; Ramalan Ali, Adun Permaisuri; Abdul Halim Jusoh; Adun Langkap; Asha'ari Idris dan Adun BAtu RAkit; Khazan Che Mat tidak hadir mesyuarat UMNO bahagian Setiu.
  Ketidak hadiran pemimpin-pemimpin ini menambahkan lagi percaturan politik tanah air yang bersimpang arus apatah lagi dengan isu SMS ugutan bunuh yang dicipta oleh pemimpin di kalangan UMNO sendiri.
  Isu ketidak hadiran mereka tidak harus dipandang dari satu sudut sahaja kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang ataupun ada spesis bernyawa menggoncang pokok, melontarkan sesuatu tau pokok itu sendiri yang patah dahan...kalaupun 'patah dahan' pasti ada anai-anai atau unsur alam yang tidak sesuatu menyebabkan dahan pokok patah dahan...

   Mesti ada penyebab mengapa 5 pemimpin ini tidak menghadirkan diri, merajuk, kecewa, mungkin juga sebagai tanda ketidak puasan hati mereka kepada seseorang ataupun mana-mana pihak atau juga sebagai cara mahukan perhatian dari pucuk pimpinan yang di dalam sesebuah organisasi apatah lagi parti yang sama dengan pangkat bapa dalam sesebuah keluarga.
  Secara kasar memang tindakan mereka tidak elok hingga mengundang umpat ramai ahli-ahli UMNO, Ekoran sikap Muhammad Taib enggan menghadiri program anjuran UMNO bahagian beliau  dikatakan lupa daratan dan jasa parti walaupun sebelu ini dianggap sebagai role model oleh Ahli Majlis Tertinggi; Datuk Dr. Mohad Fuad Zarkashi.
   Apkah merajuknya beliau adalah berpunca dari kekalahan dalam merebut jawatan NAib Presiden UMNO,  insiden peribadi atau impak peristiwa lain..
  Ramai pihak mepersoalkan kewajaran 4 pemimpin di Setiu yang dikatakan kehilangan karisme akibat tidak mengendahkan kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Setiu daerah paling bongsu di Terengganu.
  Perkaitan tindakan dengan pendirian Geng 10 mungkin ada perkaitan namun jawapan yang sebenarnya mengapa mereka seakan sepakat memboikot majlis UMNO bahagian lebih diketahui mereka di Setiu sendiri.
  Kewajaran memboikot dikatakan amat tepat oleh mereka jika hak sebagai ADUN diabaikan dan cuba diperlekehkan tanpa kebertanggungjawaban yang sewajarnya dengan status sebagai seorang ADUN.
  

  
 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan