search berita di sini


Isu masjid Santong uzur berakhir dengan peruntukan RM 300, 000

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

terengganukuonline.blogspot.com
PAKA:  Kerungsingan penduduk Kampung Santong dengan keadaan Masjid Santong berakhir dengan kelulusan peruntukan membaik pulih masjid dari kerajaan negeri sebanyak RM 300,000.

                Berita gembira itu dikhabarkan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Sheikh Harun Sheikh Ismail sempena lawatan beliau ke Masjid Kampung Santong bagi melihat sendiri keadaaan masjid itu baru-baru ini.












                Penduduk Kampung terharu dengan kunjungan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Sheikh Harun Sheikh Ismail kampung mereka yang turut mengepalai  sembahyang Jumaat bersama-sama penduduk kampung.
 













              Datok Sheikh Harun, berkata, peruntukan sebanyak RM 300 000 telah diluluskan pihak kerajaan negeri bagi membaik pulih kerosakan masjid santong yang akan dilaksanakan dengan secepat yang mungkin.
                “Kita berharap kerja-kerja dapat dilaksanakan sebelum tibanya musim hujan penghujung tahun ini.
                Edisi Timur pada 28 Jun 2010 menyiarkan rintihan penduduk Kampung Santong yang terpaksa menunaikan tuntutan agama dalam keadaan tidak selesa dengan keadaan bumbung masjid terkopek dan menjadi sarang kelawar semenjak tiga tahun lalu walaupun masjid yang uzur itu sentiasa diimarahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan..
                Selain kurang selesa dengan bau busk tahi kelawar menyucuk hidung dan permaidani lembap setiap kali hujan, oenduduk kampung sebelum ini berdepan risiko keselamatan disebabkan syiling hampir runtuh dan keadaan tangki air masjid yang merekah dan boleh roboh pada bila-bila masa.
                Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Santong, Mohd Shafie Salleh, 53, berkata, beliau dan penduduk kampung berasa amat gembira apabila mengetahui Pesuruhjaya Agama Negeri sendiri mahu meninjau permasalahan yang dihadapi kami sekian lama setelah akhbar berita harian membuat liputan tempoh hari.
                “Keadaan masjid Santong yang uzur menjadi isu dan mendapat perhatian ramai termasuk baginda Sultan Terengganu sendiri setelah disisarkan akhbar berita harian sebanyak dua kali dan kali terakhir pada 28 Jun lalu.
                “Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak kerajaan negeri yang meluluskan peruntukan sebanyak RM 300, 000 bagi membaiki kerosakan di bahagian syiling, bumbung, mengganti tangki air sedia ada yang uzur dan berbahaya, serta melengkapkan kemudahan di masjid ini.
                “Tidak terlupa Ahli Dewan UNdangan Negeri (ADUN) Paka, serta pihak Majlis Agama Islam Negeri Terengganu di atas keprihatinan menyelesai masalah yang dihadapi penduduk Santong.
                Shafie berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah meroboh tangki air lama dengan menyedia dua buah tangki air untuk digunakan sementara waktu sementara tangki air baru disiapkan.
                “Dengan peruntukan sebanyak RM 30,000 saya percaya masalah bau busuk najis kelawar, ancaman tangki air dikhuatiri pecah dan kemudahan asas akan selesai.
                Bilal Masjid,Che Ku Ngah Che Ku Mat,  53, berkata, kebimbangan penduduk kampung dengan keadaan masjid yang sudah terlalu dhaif yang turut menjejaskan kelancaran kegiatan mengimarahkan masjid terutama apabila ada program yang membaabitkan pengunjung luar.
                Seorang jemaah, Nordin Abu Bakar, 47, berkata beliau amat gembira kerana impian memiliki masjid yang lebih selamat dan selesa menjadi kenyataan dengan berjalannya kerja-kerja penambahbaikan masjid yang dibina pada tahun 1086 akan dilaksnakan tidak lama lagi.
                “Kedatangan ramadhan tahun ini amat bermakna kepada kami dengan harapan dapat menyambut aidilfitri dalam suasana penuh ceria,” katanya.
                Turut hadir di majlis perjumpaan Pesuruhjaya Agama Negeri dengan penduduk Kampung Santong itu Ketua Balai Bomba Paka, Cif Inspektor Mahadi Husin dan Penghulu Mukim Kuala Paka, Embong Mat Zain
               
CAPTION:
10590: syiling masjid yang robek membahayakan keselamatan dan menjadi sarang kelawar hingga berbau busuk (diguna pada 28.6.2010 lalu dalam edisi Timur)
1561: keadaan tangki air yang sebelum ini hampir pecah telah diganti dengan tangki air sementara ( gambar lama)
1721: che ku ngah che ku mat, 53
1025:penduduk, nordin abu bakar, 47
1700: 1704, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Sheikh Harun Sheikh Ismail (baju kuning)meninjau bumbung  masjid santong yang uzur
1710, 1711, 1712,DAtok Sheikh HArun (baju kuning)dan JKKK KAmpung Satong Shafie Saleh meninjau keadaan masjid Santong
1719: Pengerusi JKKK KAmpong Santong, Shafie Saleh
1698: DAtok Sheikh HArun memberi penerangan kepada ahli masjid santong
 
 
 

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan