Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail
PAKA: Penduduk di tiga buah kampung iaitu Kampung Telaga Mas, Kampung Limbong, Kampung Kolam dan beberapa buah perumahan yang berdekatan lega dengan keputusan peruntukan pihak kerajaan negeri sebanyak RM 1,705,000 bagi melaksanakan perja-kerja pembersihan kolam takungan yang selama ini dipenuhi semak samun dan pembinaan longkang baru bagi menyelesai masalah banjir di kawasan itu.
Edisi Timur pada 5 mac 2010 pernah menyiarkan berita masalah banjir di kampung terlibat yang berpunca daripada penyelenggaraan kolam tadahan yang tidak sempurna dan saiz longkang yang terlalu kecil hingga gagal mengalir air ke Sungai Paka dengan baik.
Penduduk mendakwa keadaan parit dan kolam yang ditumbuhi semak samun serta pokok gelam liar menyukarkan aliran air dari kawasan perumahan ke Sungai Paka.
Aliran air dari perumahan-perumahan dan kampung-kampung sekitar Paka yang mengalir ke Sungai Paka terhalang oleh semak-samun dan pokok-pokok gelam sebesar paha yang memenuhi kolam takungan dan saliran semulajadi tersebut.
Tinjauan Edisi Timur ke kawasan saliran dan kolam takungan sepanjang 2 kilometer mendapati, longkang kecil sedalam dua meter yang dibina JPS bagi mengalirkan air, rosak apbila sebahagian strukturnya pecah berikutan hakisan pada musim tengkujuh November lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telaga Mas, Ali Mohamad berkata, saliran dan kolam takungan air semulajadi yang bermula di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Paka hingga Kampung Kolam dan Kampung Telaga Mas dan ke Sungai Paka tersebut ditumbuhi semak sejak 10 tahun lalu..
Tinjauan Edisi Timur menyelusuri kawasan saliran dan takungan semulajadi tersebut sepanjang 2 kilometer mendapati ianya dipenuhi semak samun dan manakala di beberapa bahagian saliran tersebut berdekatan dengan perumahan penduduk, didapati longkang kecil sedalam 2 kecil meter dibina JPS bagi mengalirkan air namun begitu sebahagian longkah tersebut pecah dan kawasan rumah rumah berdekatan longkang tersebut dihakis air pada musim monson baru-baru ini.
“Kolam takungan air semulajadi seluas 10 hektar milik kerajaan ini, pernah dibangunkan persatuan belia sebagai projek penternakan ikan sangkar tetapi selepas diberhentikan, kolam ini terbiar dipenuhi semak yang menyekat aliran air ke sungai paka.
“Lebih malang, ia bukan saja menjadi sarang pembiakan nyamuk, malah turut menyebabkan banjir besar sehingga meneggelamkan beberapa kawasan perumahan pada musim tengkujuh.
“Air dari Taman Huda, Taman Gemia, Taman Paka Indah dan beberapa kampung berhampiran akan mengalir ke kola mini kerana kedudukan rendah tetapi semak dalam kolam menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan sempurna dan melimpah ke tebing-tebing, menghakis kawasan rumah penduduk dan menyebab banjir,l’ katanya.
Penduduk, Hussin Ali, 50, berkata, perumahan baru tumbuh bagaikan cendawan, tetapi system saliran yang tidak teratur, selain parit sedia ada terlalu kecil dan tidak mampu menampung aliran air melebihi paras biasa menyebabkan banjir buruk berlaku.
“Longkang yang dibina tidak mampu menampung aliran air yang kuat menyebabkan sebahagian longkang pecah.
“Dengan kerja pembersihan kolam dan pembinaan longkang yang lebih besar menggantikan longkang yang sedia ada, saya tidak lagi bimbang setiap kali musim tengkujuh tiba,” katanya.
Penduduk, Hussin Ahmad, 44, berkata, dengan terlaksananya projek ini saya tidak lagi bimbang kejadian hakisan yang hampir memusnahkan beberapa buah rumah berhampiran saliran longkang kecil itu akan tidak akan berulang.
“Pada musim tengkujuh yang lalu bahagian dapur rumah saya hampir-hampir dihanyutkan arus deras setelah sebahagian tanah berhampiran rumah runtuh,” katanya.
Abdullah Zakaria, 55, berkata, keadaan kolam yang dipenuhi semak samun bukan sahaja menyebabkan banjir teruk malah kehidupan penduduk di sekitar kolam itu terganggu dengan bau busuk air yang bertakung yang turut menjejaskan kesihatan mereka.
Adun Paka, Mohd Ariffin Abdullah, berkata, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 500, 000 bagi tujuan pembersihan kolam takungan tersebut manakala sebanyak RM 1, 205, 000 bagi membina longkang 4D1 dan 4D2 bagi menggantikan longkang sedia ada yang tidak lagi sesuai.
“Dengan terlaksananya projek pembersihan kolam takungan dan pembinaan longkang ini, masalah banjir di kampung dan perumahan terlibat ini akan dapat diatasi sepenuhnya,” katanya yang ditemui di sini.END
Tiada ulasan:
Catat Ulasan