search berita di sini

Tok Kah Dungun tersenarai lokasi Ayah Pin

LATAR BELAKANG

1 .Nama sebenar Hasan bin Yaakob. Gelaran lain untuk beliau ialah Tok Yah Hasan, Pak Teh Hasan dan Pak Chu Hasan tetapi yang paling popular ialah Hasan Anak Rimau.



2. Dilahirkan di Kampung Bendang Pauh, Chetok, Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1914. Disebarkan di Kampong Bukit Gading, Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan. Menetap di Batu 13, Kampong Tenang, Jalan Kerawak, Hulu Besut, Terengganu dan meninggal dunia di sana.

3. Pengganti beliau ialah Ayah Pin. Nama penuhnya ialah Ariffin bin Muhamad. Berusia 49 tahun. Beliau berasal dari Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan. Mempunyai empat orang isteri dan 21 orang anak.

4. Ayah Pin menetap di Batu 13, Kampong Tenang, Jalan Kerawak, Hulu Besut, Terengganu dan disitulah dijadikan markas kumpulan ajaran Ratip Kuat.

5. Dua orang guru lain sebagai penyambung ajaran ini ialah Mohamad bin Ya dan Kamariah bt Ali. Mohamad bin Ya dilahirkan pada 11.8.1950 di Kampong Beah, Redang, Bachok, Kelantan. Pernah belajar di Madrasah Tarbiah Kampung Lepah, Selising Bukit Jawa, Pasir Putih hingga darjah tujuh sebelum menyambung pelajaran ke Darululum, Deoband India dan Mesir. Manakala isterinya Kamariah bt Ali dilahirkan pad a 1.1.1951. Berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan berkelulusan Azhar. Kedua-duanya pernah menjadi guru agama di Sekolah Menengah Methodist Kampar, Perak (suami) dan Sekolah Menengah Kampar, Perak (Isteri).

6.Bapa Muhamad ialah Haji Ya bin Haji Ali dan merupakan ketua ajaran berkenaan di Kampung Beah, Redang, Bachok, Kelantan.

7.Ajaran ini dikesan pada tahun 1970an di tempat-tempat berikut:

a. Bukit Mas, Tanah Merah )
b. Gong Datok, Pasir Putih )
c. Dalam Rhu, Pasir Putih ) Kelantan
d. Kampong Beah, Redang, Bachok )
e. Pasir Panjang )
f. Merchang )
g. Felda Sungai Tong )
h. Kampung Langkat ) Terengganu
i. Pulau Rusa )
J. Felda Jerangau )
k. Kemaman )
l. Marang )
m. Kampong Tok Kah, Dungun )
n. Taman Kapar Jaya, Malim Nawar )
o. Taman Lela, Kemunting, Taiping )
Perakp. Kongsi Baru, Setiawan )
q. Endau Rompin ) Pahang

8.Jumlah Pengikut keseluruhan dianggarkan mencapai 2,000 orang.

9. Antara murid kanan ajaran ini ialah:
I. Haji Ya bin Hj. Ali, Bachok.
II. Nik Halim, Gong Datok, Pasir Putih
III. Yusof bin Awang, Kg. Tok Kah Dungun.
IV. Sulaiman bin Takrib, Malim Nawar, Perak.

CIRI-CIRI KESALAHAN

Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin membawa ajaran berikut:
1. Gurunya berada di mana-mana sahaja makhluk berada.

2.Guru adalah pemegang anak kunci syurga.

3.Manusia adalah tuhan dan tuhan adalah manusia.

4.Tidak perlu percaya kepada Nabi Muhammad S.A.W.

5.Mendakwa dirinya tuhan.

6.Berkuasa melantik di kalangan muridnya sebagai Wali Allah dan menentukan darjat.

7.Di waktu solat dikehendaki mengingati guru terlebih dahulu sebelum mengingati Allah.

8.Mendakwa diri diresapi roh Nabi Muhammad S.A.W. dan di suatu masa nanti akan bertukar menjadi Imam Mahadi.

9.Ratib dan Zikir selepas Maghrib, Isyak dan Subuh.Ayah Pin mengajar zikir kepada ahli-ahlinya dan seruan seperti berikut:"WAHAI AYAH PIN MEMBERI KEPADA AKU, DISITULAH AKU, BERGURULAH AKU DI HADAPAN AYAH PINKU, SEBENAR-BENARNYA GURULAH AKU DUNIA SAMPAI AKHIRAT, WAHAI AYAH PINKU, WAHAI TUHANKU APALAH DOSAKU, MOHONNYA KEPADAMU YA ALLAH".Mohamad Ya dan isteri mendakwa:

a.Hari Jumaat sebenarnya ialah hari Sabtu iaitu berhimpun segala hari dari hari Ahad hingga hari Sabtu. Alasannya berdasarkan surah Al Hadid dimana dikatakan Allah mencipta dan menyempurnakan alam ini dalam masa enam hari, sedang hari Jumaat penghulu segala hari sudah tentu duduknya hari ketujuh. Susunan harinya menjadi Ahad, Isnin, Selasa, Rabu Khamis, Sabtu dan Jumaat dihari Ketujuh.

b.Solah Jumaat hendaklah diamalkan pada hari yang ketujuh iaitu Sabtu,

c.Mentafsir perkataan Aamanu di ayat 9, surah Jumaat sebagai wajib sembahyang bagi laki-laki dan perempuan kerana mereka adalah orang beriman.

d.Maksud solat Jumaat ialah berhimpun beramai-ramai melakukan amalan zikir/ratib iaitu dimulai dengan solat maghrib, berselawat, berdoa dan disusuli dengan ratip maghrib. Kemudian solat Isyak, berselawat, berdoa dan mengamalkan zikir Isyak. Selepas ini mengadakan perbincangan mengenai hal ehwal amalan mereka.

TINDAKAN

1.Pada 16 Mac 1971, Mahkamah Kadi, Pasir Mas, Kelantan telah menghukum Hasan Anak Rimau dengan denda RM200.00 atau sebulan penjara kerana kesalahan di bawah Sek. 69 Undang-Undang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bil 2/66 iaitu mengajar perkara-perkara yang berlawanan dengan hukum syarak'.

2.Pada 20 Jun 1980, Mahkamah Kadi Tanah Merah telah menjatuhkan hukuman denda RM200.00 dan sebulan penjara kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 60. Mahkamah Kadi Besar Kota Bahru pada 20 Mei 1981 dalam kes ulang bicara telah memutuskan Hasan Anak Rimau bersalah dan dikenakan denda RM200.00 atau penjara 2 1/2 tahun. Beliau membayar denda tersebut.

3.Pada 22 Mac 1983, Hasan Anak Rimau telah dijatuhkan hukuman penjara 3 bulan oleh Mahkamah Kadi Besar di bawah Seksyen 74(1). Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bil 2/1996 kerana melafazkan perkataan yang menyebabkan terkeji dan tersenda agama Islam.

4.Mahkamah Kadi Besar Ipoh pada 29 Julai 1991 dan 30 September 1991 telah membicarakan kes Muhamad bin Ya dan telah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulah.

5.Pada tahun 15 Januari 1995, Ariffin bin Muhamad (Ayah Pin) telah membuat pengkuan bahawa beliau menipu semua pengikutnya dengan dakwaan pernah bertemu dengan Allah dan Rasulullah S.A.W. dalam keadaan jaga. Beliau juga mengaku jahil dalam hukum Islam dan tidak pernah belajar agama (Utusan Malaysia - 16.1.1995).

6.Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu pada 30.5.1981 telah memfatwakan bahawa ajaran tarikat tersebut yang mengamalkan meratip kuat adalah salah dari segi ajaran Islam dan membawa kepada kekufuran. Ini kerana terdapat zikir-zikir dan wirid-wirid dan juga kedapatan perkataan yang tidak ada makna dalam bahasa Arab seperti perkataan Ho Hang.

7.Jemaah Ulamak Majlis Ugama Islam Kelantan pada 10.8.1981 telah memfatwakan bahawa butir-butir pengajaran tarikat Zikrullah Hassan Anak Rimau adalah salah dan menjejaskan iman seseorang Islam yang mempercayai dan beriktikad dengannya. Oleh yang demikaian sesiapa yang mempercayai, menerima dan beriktikad dengan ajaran itu atau mengamalkan, wajiblah bertaubat kembali kepada pengajaran dan jalan yang sebenar.

8.Pada 12 Februari 1995, Muhamad bin Ya, Kamariah bt Ali, Teh Idris, Mad Yaakob bin Ismail, Daud bin Mamat dan Kamaruzaman bin Abdullah telah dibicarakan di Mahkamah Syariah Kota Bahru, Kelantan. Pada 26 Mac 1995 Mahkamah Syariah Kota Bahru telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Mohamad Mohamad Ya selama 2 tahun iaitu satu tahun atas tuduhan pertama dan satu tahun atas tuduhan kedua. Tuduhan pertama iaitu mengadakan istiadat atau perkara yang berlawanan dengan hukum syarak dan upacara berzikir beramai-ramai dan berlawanan dengan Fatwa Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan. Manakala isterinya Kamariah Ali, 43 tahun dipenjarakan 20 bulan bagi kedua-dua tuduhan. Begitu juga Teh Idris 64 tahun dari Kg. Pacakan, Jalan Rhu Semerak, Md. Yaakob Ismail, 40 tahun dari kampung yang sama dan Daud Mamat 62 tahun dari Kg. Patani Sering, Pasir Putih dihukum 20 bulan penjara. Hukuman penjara berjalan secara berasingan dan berkuatkuasa pada 26 Mac 1995.

NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY
Sel. P.U. 45
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM, 1989
FATWA TENTANG TARIKAT ZIKRULLAH HASAN ANAK RIMAU DAN AYAH PIN
En. 21/1989
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara', membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL

(1)Amalan Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau atau Yah Pin didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

(2)Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau atau Yah Pin di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.
Dibuat pada 19hb Oktober 1995.
[JAI. Sel. 8014/7 Jilid IV; P.U. Sel. AGM/0007j

Negara asal : Malaysia
Negeri : Selangor
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Negeri Selangor
Penulis/Ulama : Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom

2 ulasan: