search berita di sini

Hotel Residence Paka lancar  1Malaysia Charity Drive Telaga Emas

Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail

PAKA:   Hotel Residence Paka melancar  1Malaysia Charity Drive Telaga Emas sebagai satu saluran orang ramai menghulurkan sumbangan untuk membantu golongan yang memerlukan tidak kira bangsa terutama dengan ketibaan perayaan utama di setiap tahun seperti Hari Raya, Deepavali, Krismas, dan Tahun Baru Cina.

Di majlis pelancaran yang diadakan serentak dengan cawangan-cawangan hotel Residence di seluruh Malaysia itu lebih 100 pelajar miskin, anak-anak yatim serta orang miskin dari kawasan sekitar Paka menerima sumbangan berupa barang keperluan harian serta wang sumbangan Aidilfitri yang diadakan di susuli deNgan majlis berbuka puasa.
                Pengurus Besar Residence Resort Paka, Aziz Yusof, berkata Penubuhan tabung merupakan salah satu daripada Tanggongjawab Sosial Korporat (CSR) Hotel Residence serta menyemarakkan konsep tolong menolong di kalangan masyarkat selaras dengan konsep 1 Malaysia.
                “Orang ramai khusunya para tetamu hotel yang datang ke Residence Resort Paka boleh menghulurkan sumbangan mereka samada dalam bentuk tunai atapun barang-barang keprluan harian, pakaian dan sebagainya secara terus melalui tanbung yang ditubuhkan ini.
                “1Malaysia Charity Drive ini mula dibuka untuk menerima sumbangan orang ramai semenjak 3 tahun lalu manakala sumbangan yang diterima adalah kebanyakannya daripada tetamu hotel kami sendiri.
                “Sumbangan yang diterima dikumpulkan dan diserahkan kepada mereka yang memerlukan apabila hotek kami mengadakan majlis-majlis amal dan juga didermakan kepada fakir miskin dari semasa ke semasa.
                “Dengan sambutan yang diberikan semenjak tabung ini dibuka 3 tahun lalu kita berharap orang ramai dan masyarakat sekitar bersama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.
                Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah, berkata penubuhan tabung ini bukan sahaja dapat dimanfaat oleh pengunjung hotel malah masyarakat sekitar, agensi kerajaan dan NGO turut sama teruja untuk turut serta memberi sumbangan.
                “Inisiatif Hotel Residence ini wajar dijadikan contoh kepada hotel-hotel yang lain dalam menzahirkan hasrat murni kerajaan dalam memupuk antara kaum perpaduan yang salah satunya melalui sikap tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.
                Pelancaran tabung disempurnakan ADUN Paka, Mohd Ariffin Abdullah yang turut dihadiri Ketua Balai Polis Paka, Chif Inspektor Mahadi Husin dan Ketua jabatan-jabatan kerajaan di Dewan Utama Hotel Residence Paka itu disusuli dengan majlis berbuka puasa bersama lebih 100 anak-anak yatim, pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat sekitar.ends
               

Caption:
4338: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah, menarik tirai sebagai simbolik perasmian 1Malaysia Charity Drive Telaga Emas Hotel Residence Paka diperhati Pengurus Jualan Hotel Residence Paka, Mohd Rofha Rani.
 4339: Adun Paka, Mohd Ariffin Abdullah memasukkan kepingan kertas sebagai gimik pelancaran
4341: 4342: kakitangan Telaga Emas Hotel Residence Pakamengagihkan sumbangan hari raya berupa barang keperluan harian kepada masyarakat sekitar hotel di ahri perasmian 1Malaysia Charity Drive itu
 4362:4367: 4368Pengurus Hotel Resdience Paka menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim sekitar Paka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan