search berita di sini


SMSD anjur Seminar Skor A


Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN:  Ternyata seminar Seminar Skor A SPM pertama kali diadakan di daerah Dungun anjuran Persatuan Ibu Bapa (PIBG) Sekolah Menengah Sains Dungun (SMSD) dengan kerjasama Unit Pendidikan Berita Harian mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 230 pelajar dari lima buah sekolah sekitar daerah Dungun.

Seminar di Dewan Bestari SMSD selama dua hari itu disertai pelajar SMSD, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang (KAKA), Sekolah Menengah Kebangsaan Jerangau, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai dan Sekolah Menengah Seri Dungun menyertai seminar yang julung kali diadakan di daerah Dungun.
Seminar membincangkan dua subjek teras dan empat subjek elektif iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu,Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia di Dewan Bestari SMSD itu dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman luas dalam mengajar, membina serta memeriksa kertas peperiksaan
Pengurus projek, Wan Husin Wan Harun, berkata penganjuran seminar di daerah Dungun memberi peluang kepada para pelajar di daerah Dungun khususnya pelajar dari sekolah luar bandar mengikuti seminar tanpa perlu ke bandar utama seperti Kuala Terengganu serta Kuantan.
“Ini adalah seminar pertama kita bersama  bersama Unit Pendidikan Berita Harian untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang juga seminar ke dua selepas Seminar Skor A Peperiksan PEnilaian Menengah Rendah (PMR) yang berlangsung pada Julai lalu seramai 190 pelajar dari sekolah menjadi peserta.
 “Pada tahun yang akan datang kita merancang akan melibatkan lebih banyak sekolah dalam seminar yang akan dianjurkan.
“Justeru itu, kita mengalu-alu penyertaan sekolah-sekolah di daerah Dungun khususnya bersama-sama PIBG SMSD menjayakan program semianar yang akan dijalankan dari semasa ke semasa selepas ini bagi meningkatkan prestasi pelajar dan sekali gus meningkatkan kecemerlangan sekolah
Peserta seminar, Erna Barisyah Hussin, dari Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah (SMTIZ), berkata beliau berasa amat bertuah dan teruja menyertai seminar setelah mengalami sendiri keberkesanan seminar yang disertai beliau di Kuantan di musim cuti sekolah Julai lalu.
                “Seminar ini memberi pendedahan kepada saya tentang kesilapan yang lazim dilakukan dan cara-cara untuk mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama serta pendedahan kepada teknik menjawab soalan dengan berkesan.
                Pelajar SMSD, Mohd Afzainizam Abdullah, berkata beliau berasa bertambah yakin untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM nanti dengan tips-tips yang berguna daripada guru pembimbing.
                Wan Ainor Shahdah Wan Hassan, berkata selain memperbaiki lelemahan semasa menjawab soalan seperti teknik pengurusan masa seminar yang diikuti memahirkan beliau  untuk lebih memahami kehendak soalan serta memahami kehendak pemeriksa.
Majlis perasmian penutup disempurnakan Yang Dipertua PIBG SMSD, Ahmad Bakhir Chik.

Caption:
Calon SPM yang menertai Seminar Skor A di Dewan
               
                 
               
               
               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan