Dungun: sistem saliran yang tidak baik menyebabkan penduduk di kg sura hujung dekat sini berhadapan dengan masalah banjir dan hakisan yang teruk berlaku kepada jalan dan rumah mereka
ketiadaan longkang di kawasan sekitar rumah penduduk dan kekurangan pembentung di jalan yang dibina berdekatan dengan sungai menyebabkan air tidak dapat mengalir ke sungai sura dengan baik menjadi punca masalah yang dihadapi oleh mereka.
Tinjauan berita harian di kawasan sekitar kawasan tersebut mendapati sebahagian jalan berdekatan dengan sungai sura roboh dan sebuah rumah yang berdekatan mengalami hakisan yang teruk
Ramli Abdullah, 55, pemilik rumah yang mengalami hakisan ditemuramah wartawan berita harian berikutan kejadian hakisan yang merobohkan jalan bersebelahan rumahnya dan menghakis kawasan rumah beliau pada jam 12.00 malam sabtu lepas, beliau berkata penduduk di sini memang bimbang dengan ketiadaan longkang di sekitar kawasan ini dan kekurangan pembentung di jalan berhampiran sungai terbabit yang menjadi laluan aliran keluar, namun tidak menduga sama sekali kejadian seburuk ini akan berlaku.
Menceritakan kejadian tersebut, beliau yang mula berasa tidak sedap hati dengan keselamatan rumahnya yang hanya lebih kurang 12 meter dari jalan yang runtuh itu. Keesokan harinya, aliran air yang semakin deras terbentuk di bahagian hadapan dan belakang rumah menyebabkan sebahagian tanah terhakis, apa yang lebih membimbangkan tanah yang menyokong beberapa tiang rumah dan lantai dan garaj kereta dihakis air dan tergantung.
Bimbang dengan aliran air yang deras dan hujan yng tidak berhenti beliau membuat parit supaya tidak terus menghakis tanah di kawasan rumah.
‘nasib baik ada beberapa pokok besar berhampiran garaj kereta dan sisi rumah yang dapat mengurangkan hakisan, jika tidak mungkin keadaan rumah menjadi semakin teruk.
‘saya tidak dapat buat apa-apa dengan Aliran air di bahagian sisi rumah yang terus menghakis tanah, saya bimbang jika hujan terus menerus rumah saya akan rosak teruk.
Razak abd rahman, 54, berkata kawasan di sini mula mengalami masalah banjir semenjak dua tiga tahun ini berikutan jalan yang dibina di sekitar kampung tidak dilengkapi dengan longkang bagi memudahkan pergerakan air.
Ketiadaan longkang menyebabkan aliran air bebas pergi ke tempat yang lebih rendah dan merosakkan rumah penduduk di kwasan yang lebih rendah terutam sekali rumah yang berhampiran dengan sungai, sebagaimana yang berlaku kepada rumah ramli Abdullah
Ketiadaan longkang disekitar kampung ditambah dengan keadaan jalan yang dibina tanpa pembentung yang mencukupi menyebabkan jalan tersebut roboh kerana tidak dapat menampung tekanan air. Hanya terdapat dua pembentung yang dibina di jalan itu
Beliau meminta supaya longkang dibina disekitar kampung dan jalan berhampiran sungai tersebut dibuat pembentung yang lebih banyak untuk melancarkan aliran air ke sungai
Seorang penduduk yang mahu dikenali dengan nama amir berkata, punca berlakunya kejadian jalan roboh bukan disebabkan oleh kekurangan pembentung pada jalan tersebut sahaja, sekalipun pembentung dibuat dengan lebih banyak di jalan tersebut, masalah hakisan kawasan rumah dan jalan roboh tetap berlaku jika longkang tidak dibina di sekitar kampung.
‘kawasan ini bukanlah kawasan yang selalu dilanda banjir sebelum ini, namun oleh kerana pembinaan jalan yang tidak mengambil kira kepentingan saliran telah menyebabkan kawasan ini mengalami masalah banjir dan hakisan yang teruk sehingga berlakunya kejadian hakisan rumah dan jalan runtuh’
Pihak berwajib perlu mengkaji semula dan mengambil langkah segera menyelamatkan keadaan yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda penduduk disini.
Beliau juga bimbang dengan keadaan air yang bertakung dan pengaliran air yang bersimpang siur yang melalui kawasan rumah penduduk akan menimbulkan perselisihan faham kerana masing-masing membuat saliran untuk mengelamatkan rumah masing-masing. Sedangkan air tidak boleh pergi dengan lancar ekoran ketiadaan longkah dan pembentung yang mencukupi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan