search berita di sini

menghadapi masalah banjir semenjak 10 tehun lepas


Dungun: Penduduk di Jalan Masjid, Kampung Padang Jambu berhadapan dengan masalah banjir setiap kali musim banjir tiba ekoran ketiadaan longkang saliran.
                     Penduduk menghadapi masalah banjir semenjak 10 tehun lepas setelah jalan yang dibina telah menghalang aliran air ke longkang besar yang jaraknya tidak sampai 30 meter dari kawasan tersebut. Keadaan banjir menjadi bertambah buruk dengan bertambahnya rumah di kawasan tersebut.
               Ismail awang, 56, berkata kawasan di sini mudah digenangi air apabila hujan lebat turun dan memakan masa berminggu untuk surut walaupun hujan sudah berhenti.
               Penduduk di sini sudah beberapa kali menyuarakan masalah ini kepada pihak berwajib namun sehingga sekarang tiada langkah penyelesaian diambil
                 ‘kawasan yang mempunyai bilangan rumah yang padat sebegini perlu mempunyai parit supaya air tidak bertakung apabila berlaku hujan lebat yang berterusan,’ katanya
               ‘kawasan rumah air yang kotor dan bersampah sarap menjadi tempat pembiakan nyamuk boleh menjejaskan kesihatan membimbangkn penduduk,’ katanya.
               Hairul mazwan harun, 20, berkata semak samun di kawasan tanah rezab kerajaan juga menyebabkan air tidak dapat mengalir yang melambatkan lagi air bertakung untuk surut.
‘              tidak tahan dengan masalah yang dihadapi dan jemu dengan sikap membisu pihak bertnggungjawab penduduk beberapa kali cuba membuat saliran dengan cangkul namun tidak dapat menggali dengan dalam kerana kawasan tersebut berbatu, usaha mengalirkan air juga gagal dihalang oleh semak samun di tanah rezab kerjaan tersebut.
           ‘ruangan dapur rumahnya sering dinaiki air setiap kali musim banjir, hendak tidak hendak barang-barng dan peralatan dapur terpaksa diangkut ke ruang yang lebih tinggi,’ katanya
             Badrul hisyam, 22, berkata dengan adanya longkang yang hanya sepanjang 20 meter dibina di sepanjang jalan di kawasan tersebut masalah banjir di kawasan ini akan selesai, katanya yang agak kerana tiada langkah penyelesaian diambil walupun sudah sepuluh tahun penduduk berhadapan dengan masalah banjir setiap kali musim tengkujuh tiba.
               Menurut beliu lagi, kerap kali terjadi kereta yang dipandu orang luar tersangkut di atas jalan yang ditenggelami air kerana mereka tidak menyangka air dalam di kawasan itu
‘             Pihak berwajib perlu mempercepatkan kerja pembinaan longkang supaya penduduk tidak lagi berhadapan dengan masalah banjir.
              Seorang penduduk yang tidak mahu disiarkan nama berkata, setiap kali aduan dibuat, pihak berwajib memberi alasan pihaknya akan melawat kawasan tersebut semasa banjir berlaku untuk mengkaji langkah penyelesaian yang perlu diambil, tahun demi tahun penduduk terus berhadapan dengan masalah banjir menunggu langkah penyelesaian yang dijanjikan tidak tiba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan