search berita di sini


Warga ASDAF Bukit Payong hargai keprihatinan masyarakat

Program Tanggungjawab Sosial Korporat Mayang Sari Resort dan Uitm Dungun memberi pengalaman berharga kepada pelajar
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail 
Dungun:            Penghuni asrama anak yatim ASDAF Bukit Payong berbesar hati dengan keprihatinan masyarakat kepada mereka terutama sekali dengan mengadakan majlis-majlis meraikan mereka di bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini.
            Wartawan Berita Harian menyelami perasaan mereka di bulan Syawal sebagai anak yatim di satu majlis Aidilfitri anjuran bersama pelajar-pelajar tahun akhir Diploma Perbankan Uitm Cawangan Dungun dan Resort Mayang Sari Dungun. Majlis ini turut dihadiri Pengetua ASDAF, Mohd Rozaki Yusof, Timbalan Pengarah Penyelidikan @ Jaringan Industri, Profesor Madya Dr. Azemi Che Hamid dan Pengurus Operasi Mayang Sari Resort, Puan Rosnah Abd. Rahman. Sebanyak RM 2975 derma disampaikan kepada Mohd Rozaki Yusof pada malam tersebut hasil kerja keras pelajar tahun akhir Diplokma Perbankan Uitm Dungun menganjurkan tabung derma ASDAF di kampus pengajian. Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid anak-anak yatim ASDAF yang digubahkhas oleh kakitangan ASDAF sendiri.
            Norsyahirah Chek, 13, seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibu dan bapa semenjak berumur berumur 3 tahun berkata perasaan sedih dan pilu di bulan Syawal tanpa ibu dan bapa terubat apabila diraikan di majlis aidilfitri sebegini.
            Ditanya mengenai kehidupan di rumah anak yatim ASDAF, Norasyidah berkata mereka kehidupan disana bagaikan satu keluarga dan beliau berhasrat akan terus tinggal di ASDAF hingga menamatkan persekolahan menengah.
            “Kami sudah seperti adik beradik tinggal bersama-sama di asrama dan kami juga mempunyai ibu dan bapa angkat yang kami anggap seperti ibu dan bapa kandung kami sendiri dengan panggilan abah dan ma. Abah dan ma sering meluangkan masa untuk kami dan sekaligus menjadi tempat kami mengadu apabila mempunyai masalah,” katanya lagi.
            Manakala Mohamad Firdaus Mustafa, 14, yang kehilangan bapa semenjak berumur 5 tahun berkata semenjak bulan bulan Ramadhan lagi kami diraikan di majlis berbuka puasa dan di akhir Ramadhan sehingga ke hari ini kami diraikan dengan majilis Aidilfitri pula. Sedikit sebanyak ianya memberi semangat untuk kami di sini.
            “Insyaallah, saya akan mengguna sepenuhnya peluang tinggal di Asrama ASDAF untuk belajar bersungguh-sungguh dan akan membalas jasa masyarakat yang telah banyak mengajar kami menjadi manusia berguna ,” katanya.
                        Puan Rosnah Abd. Rahman selaku Pengurus Operasi Mayang Sari Resort Dungun berharap program Tanggungjawab Sosial Korporat kerjasama pihak pengurusan Mayang Sari Resort dan pelajar Uitm ini akan terus berjalan dengan sempurna untuk tahun-tahun yang akan datang.
            Manakala Authur Peronae Jugah Kadir, Setiusaha Program Tanggungjawab Sosial Korporat ini berpendapat selain memperolehi pengalaman sebenar bagaimana cara menganjurkan program CSR, pelajar juga dapat mengetahui kepentingan program Tanggungjawab Sosial Korporat kepada organisasi perniagaan dan masyarakat.
            Profesor Madya Dr. Azemi Che Hamid, Timbalan Pengarah Penyelidikan @ Jaringan Industri di dalam ucapannya di majlis tersebut menyebut aktiviti sebegini ini secara tidak langsung memberi pengalaman atau “softskill” kepada pelajar-pelajar terbabit mengenai Tanggungjawab Sosial Korporat CSR. Selain itu, pelajar juga dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kuliah ke dunia sebenar sebuah organisasi perniagaan
            Beliau juga menyarankan pelajar-pelajar Uitm supaya menganjurkan lebih banyak lagi program penglibatan dengan masyarakat dan industri, ianya akan dapat memberi pengalaman untuk memajukan diri menjadi lebih berdaya saing di alam pekerjaan nanti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan