search berita di sini

Mangsa Melepaskan geram ibu tiri

Mangsa melepas geram ibu tiri

Mohd zawawimatail@yahoo.com
Dungun: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun yang masih di tahan di wad Hospital HSNZ, Norhidayah Abd Wahab, patah bahu kanan dipercayai akibat didera ibu tiri di kampung Sura Hujung dekat sini.
Perbuatan kejam tersebut di ketahui oleh bapa mangsa yang bekerja sebagai nelayan pada petang ahad lalu setelah diberitahu oleh datuk mangsa .
Bapa mangsa, Abdul Wahab Mahusin, 40, berkata pada pagi Ahad lalu sehari sebelum Hidayah di hantar ke Hospital, anaknya itu mahu mengikut beliau bersama anak bongsu ke kedai berdekatan untuk membeli kueh namun isterinya tidak membenarkan.
Apabila pulang dari kedai lebih kurang jam 8.30 pagi beliau mendapati anaknya menangis teresak-esak. Bila ditanya, anaknya memberitahu tangannya tersepit di pintu.
Percaya apa yang diberitahu ananknya itu, beliau meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja. Lebih kurang jam 2.00 petang, beliau pulang semula ke rumah dan mendapati anaknya itu masih lagi teresak-esak tidak berhenti menangis. Beliau memanggil ayahnya yang tinggal berjiran memberitahu keadaan anaknya itu
Anaknya yang rapat dengan datuknya itu memberi tahu ‘Mak Jahat’ yang buat.
Beliau yang sudah tidak tahan dengan sikap kejam isterinya itu membuat laporan polis keesokan harinya, setelah mendapat pandangan daripada keluarganya dan keluarga sebelah isterinya. Beliau tidak mahu lagi anaknya terus menjadi bahan melepaskan geram.
Menurutnya lagi, beliau masih boleh bersabar dengan sikap isterinya yang salami ini bersikap kasar kepada anak-anak tetapi setelah anaknya terlantar di hospital diperlakukan sedemikian rupa, beliau tak akan berdiam diri.
“Selami ini saya dan sanak saudara yang lain termasuk ibu dan ayahnya sendiri menasihati isteri saya supaya jangan bersikap kasar dengan anak-anak tetapi isterinya itu berubah sikap seminggu dua sahaja, selepas tu dia buat lagi.
Datuk kanak-kanak tersebut, Mahusin Awang, 50, berkata beliau amat sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku kepada cucu kesayangannya itu.
Pada hari Ahad lepas, lebih kurang jam 2.00 petang beliau pulang kerumah selepas menghantar isteri ke tempat kerja di PSMZA.
Beliau mendengar anaknya memanggil namanya, dia memberitahu cucu saya tidak berhenti menangis kerana sakit di bahagian bahu.
Beliau bertanya kepada ibu tirinya apa yang terjadi pada cucunya itu, ibu tirinya memberitahu tangan Hidayah terkepit di pintu. Beliau mula sangsi kerana jikalau terkepit di pintu, sudah tentu jarinya yang sakit.
Tidak sedap hati dengan jawapan yang diberikan itu, beliau membawa Hidayah balik ke rumah dan Hidayah memberitahu ibu tirinya itu memulas dan manarik tangannya hingga dia tersungkur di hadapan televisyen.
Cucunya mengadu kesakitan dan menyebut, “ ‘Mak Jahat’ yang buat, ‘Mak Jahat’ yang buat”
Tidak tahan melihat cucunya menangis tidak henti-henti beliau membawa cucunya itu berjumpa bomoh patah di Kampung Seberang Pintasan. Beliau terkejut besar diberi tahu tulang bahu kanannya cucunya patah.
Cucunya memanggil ibu tirinya dengan panggilan ‘mak Jahat’, setelah kerapkali didera.
“Sebelum ini saya menyangka menantu saya bersikap kasar dan memaki cucu saya disebabkan dia tidak suka mempunyai anak tiri namun selepas dia memperoleh anak sendiri hasil perkahwinan dengan anak saya, sangkaan saya meleset.
“Dia turut berlaku kasar dengan anak kandungnya sendiri.
Beliau seringkali melihat menantunya itu melepaskan geram kepada anaknya sendiri yang kini berumur 9 bulan.
“Saya tidak sanggup lagi melihat cucu saya diperlakukan sebegitu rupa!!!.
“Pernah pada tahun lepas dia melempar cucunya itu ke dalam kolam di rumahnya, nasib baik anak saya sempat menyelamatkan keadaan.
“Kami semahu mungkin menyelamatkan keadaan dan menyelesaikan permasalahan ini dengan cara yang baik, namun sikapnya sudah melampau hingga mengancam nyawa cucu saya,” katanya kesal.
Nenek mangsa, Cik Jah Awang Teh, 47, berkata beliau kasihan melihat keadaan cucunya itu yang tidak diberi perhatian oleh ibu tirinya. Ibu tirinya tidak mengambil tahu makan minum cucunya itu.
Beliaulah yang mengambil tahu makan minum cucunya itu, apa yang lebih menyedihkan beliau boleh dikatakan setiap kali memandikan cucunya itu terdapat kesan lebam dan bengkak-bengkak ditubuh cucunya itu akibat akibat di pukul, digigit ibu tirinya,
Mangsa dibawa mendapat rawatan di Hospital daerah Dungun pada pagi Isnin 2 November lalu dan dihantar ke Hospital HSNZ selepas bapanya membuat laporan polis pada hari tersebut.
Ibu kandung kanak-kanak tersebut, Normalina Mokhtar, 25, yang telah berpisah dengan bapa mangsa berkata beliau bimbang dengan keadaan anaknya itu yang berada dalam trauma dan ketakutan setiap kali mendengar nama ibu tirinya. Anaknya itu sering meracau dan menyebut…Ma Jahat..Ma Jahat yang buat….
Beliau yang sudah seminggu lebih menjaga anaknya di wad Hospital HSNZ berasa kesal dengan sikap ibu tiri anaknya yang sering memarahinya apabila datang ingin mengambil anaknya itu untuk sehari dua.
“Ibu mana yang tidak berasa sedih apabila dimarahi berjumpa dengan anak sendiri.
“Malah sering berlaku pertengkaran besar apabila saya ingin berjumpa dengan anak saya,” katanya sebak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan