Program sulong AKEPT mendapat sambutan hangat pensyarah muda pantai timur
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
bhkt@bharian.com.my
Paka: Program kepimpinan khas kepada pensyarah-pensyarah muda yang pertama kali dianjurkan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) di Pantai Timur mendapat sambut hangat dari pensyarah-pensyarah kolej-kolej komuniti dan politeknik-politeknik di sini.
Program kepimpinan siri yang ke 14 daripada 22 siri ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Latihan Kepimpinan (AKEPT), Y. Bhg. Dato’ Nooraishah Ahmad Tajudin dan berlangsung selama 4 hari di Dewan Bayu 2, Residence Resort Paka. Seramai 95 orang pensyarah muda dari Terengganu, Pahang dan Terengganu telah hadir.
Ahmad Ardha Zanal Abadi, 25, pensyarah Sistem Elektronik Elektrik Politeknik Kota Kuala Terengganu berkata, program ini banyak memberi pendedahan kepada pensyarah-pensyarah muda untuk membuat penambahbaikan kualiti sebagai seorang pensyarah yang juga pemimpin kepada para penuntut.
“Saya amat tertarik dengan topik yang dibentangkan berkaitan dengan Pengurusan Konflik dan Tekanan, sebagai seorang pensyarah kita tidak dapat lari daripada berhadapan dengan berbagai situasi dan kemahiran oleh itu pengetahuan untuk menanganinya amat penting dimiliki oleh seseorang pensyarah,” katanya yang pernah mengikuti program anjuran AKEPT sebelum ini.
Wan Faizah Wan Abdullah, 27, pensyarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu berkata, beliau berasa amat bertuah berpeluang menghadirkan diri dalam program kepimpinan AKEPT ini. Program AKEPT amat berkualiti kerana penceramah yang membentangkan kertas kerja adalah tokoh ternama dalam dunia pendidikan di negara ini.
“Topik yang disentuh bukan sahaja berkaitan dengan penguasaan kemahiran malah turut membincangkan kepentingan mempunyai ciri-ciri kritikal yang menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan tinggi iaitu kreativiti, inovasi dan lain-lain. Selain itu kami juga mengikuti modul berkaitan topik komunikasi, pengukuhan nilai, integriti dan akauntabili pensyarah IPT ,” katanya
Siti Yuhana Abdullah, 27, pensyarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu berkata, apabila beliau ditawarkan tempat untuk mengikuti program kepimpinan ini, beliau tidak teragak-agak membuat persetujuan kerana beliau amat berpuas hati dengan kualiti penceramah dan pengurusan program AKEPT yang pernah diikuti sebelum ini. Beliau juga berpendapat dengan penganjuran program di dalam Terengganu, ianya memudahkan peserta untuk menghadirkan diri khususnya pensyarah wanita.
“Saya pernah mengikuti program AKEPT di Bangi berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran dan pada kali ini ianya berkaitan Kepimpinan.
“Program kali banyak membantu peserta membina personaliti dan kemahiran sebagai seorang pensyarah, ini kerana sekarang ini kebanyakan pensyarah yang baru mengajar di kolej-kolej adalah “fresh graduate” dan belum mempunyai pengalaman mengajar yang luas,” katanya.
Senior Prof UniMAP, Prof. Dr. Abd Majid Mohd Isa, berkata para pensyarah perlu berfikiran kritis dan inovatif dalam cabaran pendemokrasian pendidikan, penyelidikan, pembangunan modal insan dan lain-lain lagi.
"AKEPT adalah salah satu organisasi yang komited dalam membangunkan sumber manusia di peringkat pengajian tinggi, para pensyarah perlu merebut peluang sebegini untuk peningkatan keprofesionalisme diri masing-masing." katanya.
Y. Bhg. Dato’ Nooraishah Ahmad Tajudin berkata, AKEPT yang ditubuhkan oleh kementerian pada tahun 2008, memacu usaha ke arah kecemerlangan pendidikan tinggi menerusi program pembangunan kepimpinan dan amalan terbaik pengurusan, kualiti pengajaran serta pembelajaran, penyelidikan dan inovasi.
Ianya bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau ini, selain menjadi pemangkin ke arah kejayaan pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan