search berita di sini

Persimpangan maut

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
mohdzawawimatail@yahoo.com

Dungun: Kemalangan maut yang sering di Persimpangan ke Taman Delima 2 berdekatan Sek Men Teknik Dungun di kilometer 83.1 Jalan Terengganu-Kuantan di sini, merimaskan penduduk sekitar di sini.
                Persimpangan ini menjadi sibuk pada waktu awal pagi, tengah hari dan petang semasa pengguna jalan raya pergi dan pulang ke tempat kerja masing-masing. Persimpangan ini merupakan persimpangan keluar dan masuk pelajar dan kakitangan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang tinggal di kawasan perumahan berdekatan
              Pengguna jalan raya menghadapi kesulitan untuk keluar dan masuk simpang ke kawasan perumahan deretan kedai kerana ketiadaan lampu isyarat
Tinjauan Edisi Timur mendapati ketiadaan lampu isyarat juga menyebabkan pemandu kenderaan memecut laju yang membahayakan keselamatan kenderaan yang keluar masuk ke simpang tersebut.
              Mohd Sabri Mohammad, 20, berkata pemandu kenderaan terutamanya penunggang motorsikal bagaikan terpaksa menggadai nyawa setiap kali keluar dam masuk simpang untuk pergidan balik kuliah dari kuliah setiap hari.
              “Bagaimana pengguna keluar dari simpang secara selamat sedangkan kereta bertali arus setiap kali setiap kali tiba waktu pergi dan balik dari tempat kerja.
              “Dengan adanya lampu isyarat, keselamatan pengguna yang keluar dan masuk lebih terjamin dan selamat.
               Seorang pemilik kedai berdekatan simpang berkenaan yang tidak mahu diketahui nama berkata, membina lampu isyarat bukan jalan penyelesaian jika pemandu kenderaan terus bersikap terburu-buru keluar dari simpang manakala kenderaan dari arah Kuantan dan Terengganu pula memecut kenderaan tanpa mematuhi had laju.
             “Dalam tempoh tak sampai 3 bulan sudah berlaku 4 kematian di persimpangan ini, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera untuk mengatasinya” tambahnya.
               Selain mempercepatkan penyediaan lampu isyarat beliau mengesyorkan pihak berkuasa menetapkan had laju yang lebih rendah serta mengambil tindakan tegas kepada pemandu yang memandu secara melulu di persimpangan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan