search berita di sini

alternatif terbaik untuk mengatasi masalah kepupusan spesis hidupan laut yang terancam

Penggunaan 'Circle Hook' kaedah terbaik menambah pendapatan nelayan dan melindungi hidupan laut

Dungun Penggunaan mata kail “Circle Hook”oleh nelayan dijangka menjadi alternatif terbaik untuk mengatasi masalah kepupusan spesis hidupan laut yang terancam dan sekaligus dapat meningkatkan hasil tangkapan nelayan.
               “Penggunaan mata kail ‘J Hook’ sebagaimana yang diguna oleh nelayan sekarang ini tidak selamat kepada hidupan laut dan menyumbang kepada masalah kepupusan hidupan laut terutama sekali hidupan penyu, dugong dan lain-lain spesis,” kata Pengarah Perikanan negeri Terengganu di Majlis                   
              Pelancaran Projek Percubaan Penggunaan Mata Kail ‘Circle Hook’ nelayan tradisi negeri Terengganu di Kompleks LKIM Kuala Dungun di sini pagi semalam.
Penggunaan mata kail ‘Circle Hook’ adalah salah satu inovasi Jabatan Perikanan ke arah mengikuti dan menepati kehendak pertubuhan antarabangsa seperti FAO, IOSEA dan lain-lain, dalam menangani isu kemnatian spesis hidupan laut terancan terutamanya hidupan penyu.
                Ianya juga dapat mengelakkan dan mengurangkan spesis bukan sasaran dari menjadi mangsa tangkapan hasil perikanan.
                  Di majlis tersebut, beliau membuat penyerahan ‘set circle hook’ nelayan bot rawai kepada dan 50 nelayan pantai.
Setiap set ‘Circle Hook’ yang disumbangkan kepada nelayan ini mengandungi dua ratus mata rawai, 66 biji batu ladam, pelampung dan lampu penanda. Ianya bagi kegunaan nelayan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penggunaannya untuk mengelakkan kematian spesis terancam disebabkan peralatan menangkap ikan.
               Ketua Pemulihan Sumnber Jabatan Perikanan Malaysia, Fauzi Abdul Rahman yang ditemui di majlis tersebut berkata, program percubaan penggunaan ‘circle hook’ ini adalah yang pertama kali di lancarkan di pantai timur.
                Percubaan pertama dilakukan di Melaka pada tahun lepas dan hasilnya memberangsangkan iaitu hasil tangkapan bertambah dan bilangan kematian spesis hidupan laut yang terancam disebabkan peralatan menangkap ikan menurun.
              “Penggunaan ‘circle hook’ oleh nelayan-nelayan Kuala Dungunj ini berjalan selama sebulan bermula hari ini dan hasil keputusan akan di ketahui setelah Jabatan Perikanan membuat analisis data tangkapan nelaya-nelayan yang terlibat.
                Ikan dan hidupan laut yang tersangkut mata kail rawai nelayan akan menelan hingga ke perut tetapi dengan menggunakan ‘Circle Hook’, mata kail hanya melekat di mulut ikan sahaja dan hidupan laut terancam yang tersangkut tidak mati bila dilepaskan semula ke laut oleh nelayan. Walaupun mata kail yang tersangkut di mulut ikan, ianya tersangkut lebih lama tersangkut dan susah dilepaskan.
               Pengerusi Persatuan Nelayan daerah Dungun, Mat Yassin Mohamed, berkata pendekatan yang diperkenalkan Jabatan Perikanan ini satu inovasi yang sesuai untuk menangani kematian hidupan laut terancan terutamanya hidupan penyu.
                 Ditanya mengenai sambutan yang ditunjukkan nelayan-nelayan di Kuala Dungun, beliau berkata semua nelayan yang dijemput menghadirkan diri dan bersedia memberi komitmen yang penuh menjayakan program percubaan ‘Circle Hook” dengan cara menyalurkan maklumat hasil tangkapan setelah menggunakan ‘Circle Hook’ yang disumbangkan pada program ini.
                  Beliau sendiri yang pernah mencuba mengguna ‘Circle Hook’ sebelum ini amat berpuas hati dengan hasil tangkapan yang diperolehi dan bilangan spesis hidupan terancam yang tersangkut di rawainya berkurangan.
                 “Ikan yang diperolehi lebih segar kerana mata kail hanya tersangkut pada mulut ikan sahaja, tidak sebagaimana ikan yang diperolehi dengan menggunakan mata kail biasa yang cepat mati kerana mata kail biasa ditelan ikan hingga keperut,” katanya.
                   Che Mat Salleh, 56, pula berpendapat hasil keputusan program percubaan ini akan lebih baik jika nelayan yang terlibat dapat menangkap ikan di laut dalam. Kos memiliki “power block” yang tinggi menyebabkan hanya segelintir nelayan mampu menangkap ikan di laut dalam.
                       Mungkin pada masa yang akan datang pihak Jabatan Perikanan dapat membekalkan “power block” kepada nelayan yang memberi komitmen yang tinggi dalam bidang perikanan.
                  Razli Bidin, 45, salah seorang nelayan rawai yang mendapat sumbangan Set Circle Hook pada majlis tersebut berkata selain dapat meningkatkan hasil tangkapan, apa yang penting bilangan kematian spesis hidupan laut yang terancam dapat dikurangkan.
                 Kesedaran terhadap memelihara hidupan laut dan alam semulajadi tidak akan tercapai tanpa adanya keprihatinan terutamanya agensi kerajaan dengan melakukan inovasi kepada teknologi yang digunakan seperti teknologi inovasi alatan penangkapan ikan yang diperkenalkan pada hari ini.
                 Pada majlis yang sama Pengarah Perikanan negeri Terengganu menyampaikan sijil tamat kursus kepada 18 pelatih Institut Perikanan Chendering Malaysia dan 15 tekong bot yang terliabat dalam kurus yang di jalankan di LKIM Dungun. Di sebelah pagi beliau turut merasmikan Seminar Pengurusan Spesis Marin di Mayang Sari Resort yang disertai 80 kakitangan Jabatan Perikanan dari seluruh Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan