search berita di sini

BENTENG TELUK LIPAT

Orang ramai di Teluk Lipat meminta benteng lebih tinggi dibina dan bukan di Taman Selera sahaja Dungun: Walaupun pembinaan benteng hanya dapat mengurangkan hakisan, orang ramai meminta dibina bentang disepanjang pantai Teluk Lipat bukan sekadar di hadapan Taman selera sahaja kerana kawasan lain di Teluk Lipat juga mengalami hakisan yang serius, sekurang-kurangnya hakisan pantai dapat dikurangkan. Orang ramai yang ditemui wartawan Berita Harian semasa tinjauan berpendapat benteng yang dibina dapat mengurangkan hakisan tetapi masalah banjir tetap berlaku di kawasan Teluk Lipat kerana benteng yang dibina rendah daripada ketinggian ombak. Namun ketahanan benteng tersebut belum tentu dapat menahan ombak yang besar sebagaimana yang terjadi pada musim banjir yang lepas benteng dibina pecah dipukul ombak dan dihanyutkan air. Zaiton Yusof ,39, seorang peniaga kedai makan berdekatan Sekolah Menengah IMTIAZ Dungun dekat sini berkata pada musim tengkujuh yang lepas kawasan pantai terhakis teruk kerana dipukul ombak besar dan angin sangat yang kencang. Walaupun kedai beliau berada di kawasan lebih tinggi berbanding kedai-kedai yang lain, longgokan kayu, pasir dan sampah yang dibawa air turut memenuhi kawasan kedai. Apatah lagi kedai lain di sini yang kebanyakannya rendah. “Hampir setiap tahun bila musim banjir Jalan Pantai Teluk Lipat terpaksa ditutup untuk keselamatan orang ramai mulai dari simpang masuk ke Sekolah Menengah IMTIAZ sehingga ke simpang Molek Inn kerana ditimbuni pasir dan kayu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan