Penduduk meminta sistem ‘auto pum’ dilaksanakan di taman rakyat yang rendah dari paras laut
Dungun: Saban tahun penduduk Taman Perumahan Rakyat di sini berhadapan dengan masalah banjir ekoran kedudukannya yang rendah dari paras laut menyebabkan sistem saliran gagal berfungsi dengan baik.
Kawasan perumahan ini yang mula didiami penduduk semenjak tahun 2004 dahulunya adalah kawasan tanah paya dan ditimbus untuk dijadikan kawasan taman perumahan.
Tinjauan Edisi Timur Berita Harian di taman perumahan tersebut yang didiami penduduk seramai 700 keluarga ini, mendapati setiap blok perumahan dilengkapi dengan longkang saliran namun ianya gagal berfungsi dengan baik untuk mengalirkan keluar air ke longkang utama di kawasan tersebut.
Seorang penduduk, , , berkata walaupun longkang dibina di setiap blok perumahan namun air tidak dapat mengalir keluar ke parit utama menyebabkan kawasan ini cepat banjir walaupun hujan lebat hanya setengah sahaja dan lambat surut walaupun hujan sudah berhenti berhari lamanya.
“Kami di sini sudah jemu berpindah randah setiap kali rumah dinaiki air dan keadaan ini amat menyulitkan kepada keluarga yang mempunyai anak yang ramai dan kecil.
‘apa yang lebih menyedihkan, ekoran masalah saliran ini, penduduk yang mendiami 4 blok di bahagian belakang taman perumahan terpaksa berhadapan dengan masalah banjir walaupun hujan lebat hanya setengah sahaja,’ katanya yang berharap pihak kerajaan mengambil pendekatan segera mengatasi masalah banjir di taman perumahan itu.
Pengerusi Taman Perumahan tersebut badrul hisyam abu bakar, 42, berkata pihak JPS menjalankan kerja-kerja pembinaan perparitan namun oleh kerana faktor kedudukan taman ini yang berada di bawah paras laut dan dahulunya sebuah kawasan paya yang ditimbus, keberkesanan projek saliran tersebut tidak dapat mengatasi masalah banjir yang dihadapi sepenuhnya.
Menceritakan keadaan banjir yang dialami penduduk di taman perumahan itu, beliau berkata kesulitan berpindah randah sudah menjadi perkara biasa yang terpaksa dihadapi penduduk walaupun bukan di musim tengkujuh.
“Pusat pemindahan banjir di Dewan Majlis Sukan Balai Besar bagaikan rumah pertama kepada penduduk di sini di musim banjir apatah lagi di musim tengkujuh sebegini.
Sekarang ini seramai 759 orang penduduk berada di pusat pemindahan tidak termasuk jumlah penduduk yang berpindah ke rumah sanak saudara,’ katanya yang ditemui di dewan majlis sukan negara (MSN) balai besar di sini semalam.
Beliau difahamkan satu sistem “Auto Pum” yang dikatakan mampu menyelesai masalah banjir bagi kawasan perumahan yang berkedudukan rendah dari aras laut ini sedang dirancang oleh pihak JPS untuk dilaksanakan di kawasan ini.
“Diharap pihak kerajaan dapat menimbang cadangan sistem tersebut setelah beberapa langkah yang diambil sebelum ini gagal menyelesaikan masalah banjir di sini.
Beliau berkata, ‘walaupun pihak Majlis Perbandaran Dungun sentiasa menjalankan kerja pembersihan longkang di taman ini tetapi longkang tersebut tidak dapat mengalirkan air keluar ke parit utama kerana kawasan perumahan ini lebih rendah.
“Ekoran ketiadaan sistem saliran yang baik penduduk di sini juga berhadapan dengan masalah limpahan kumbahan dari tangki septik setiap kali banjir kilat berlaku sebagaimana yang disiarkan Edisi Timur berita harian pada isnin lalu.
“Kesulitan yang membelenggu penduduk taman ini perlu dipandang berat oleh pihak yang bertanggungjawab memandangkan jumlah penduduk di taman ini sudah menjejah 700 keluarga dan jumlah ini akan menjadi bertambah buruk dengan siapnya perumahan yang sedang berjalan di kawasan ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan