Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
bhkt@bharian.com.my
Paka: Seramai 92 orang bakal-bakal haji diraikan di majlis yang dirasmikan oleh Adun Paka, YB Haji Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah di Dewan Sek Men Keb Paka disini, bakal-bakal haji juga mendapat cenderamata sumbangan Perkumpulan Wanita Paka dan Pusat Khidmat Dun Paka.
Pengurus Tabung Haji Daerah Dungun, Ahmad Jelani Abd Ghani menasihatkan bakal-bakal haji mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak Tabung Haji dai semasa ke semasa untuk kelanjaran ibadah haji dan sentiasa menjaga imej rakyat Malaysia yang bersopan santun dan sebagainya.
“Semasa berada di sana elakkan berada di luar bangunan kerana cuaca di sana sangat panas pada siang hari dan sangat sejuk pada malam hari, perubahan cuaca boleh menjejaskan kesihatan.
Mohammad Deramin, 50, seorang bakal haji yang ditemui di majlis tersebut berkata beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan pihak Tabung Haji dan mencadangkan supaya Tabung Haji memperbanyakkan lagi kursus haji terbuka yang boleh disertai oleh orang awam bukan kepada bakal-bakal haji yang berdaftar sahaja.
Che. Noreha Ismail, 46, pula memberi cadangan supaya pihak pengurusan Tabung Haji membuat tawaran lebih awal kepada bakal haji yang berstatus “standby” supaya mereka tidak ketinggalan kurusus haji yang dianjurkan dan dapat membuat persiapan lebih awal. Ini menyenangkan mereka untuk memohon cuti kepada majikan jika betul-betul mereka ditawarakan tempat.
Beliau sebagai wakil pihak Pengurusan Tabung Haji daerah Dungun mengucapkan tahniah kerana menjadi sebahagian daripada 26,000 tetamu Allah yang akan berlepas ke tanah suci dalam waktu terdekat ini dan semoga memperolehi haji yang mabrur.
Manakala Mohd Ismail, 50, turut bersetuju dengan cadangan tersebut dan berkata adalah lebih menyenangkan bakal-bakal haji jika tarikh keberangkatan diberitahu dengan lebih awal. Ada sesetengah bakal haji yang sudahpun berlepas manakala yang lain masih tertanya-tanya bilakah tarikh keberangkatan mereka. Kelewatan ini sedikit sebanyak menjadi masalah terutama sekali kepada sanak saudara yang ingin memohon cuti untuk menghantar bakal haji berlepas ke tanah suci.
Di dalam ucapannya, YB Haji Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah melahirkan kesyukuran dengan prasarana yang dibangunkan kerajaan, ianya telah banyak mempermudahkan urusan umat islam di negeri ini menunaikan ibadah haji khususnya pembinaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LKSM). Ini adalah musim yang ke dua jemaah haji dari terus berlepas ke Leddah dari LKSM dan tidak perlu lagi berkumpul di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, sebagai pusat transit, sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untukberlepas ke Mekah dan Madinah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan