search berita di sini

Latihan Orang Awam Simulasi Banjir


Tanda-tanda banjir sudah mula kelihatan di beberapa kawasan di Dungun
Latihan Orang Awam Simulasi Banjir kepada orang awam di kawasan yang berisiko tinggi
Dungun-          Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah, Leftenan (p.a) Mohd Nooryusri Jusoh berkata selain membuat persiapan logistik, JPA Dungun memperbanyakkan latihan kepada kakitangan dan orang awam.
            Latihan latihan untuk orang awam di kawasan yang berisiko banjir yang kali pertama diadakan ini dipanggil “Latihan Orang Awam Simulasi Banjir” telah mendapat komitmen yang tinggi dari masyarakat setempat.
            “Alhamdulillah, sambutan yang diberikan orang awam amat menggalakkan dengan bilangan peserta yang terlibat melebihi apa yang kita jangkakan,” katanya.
            “Seramai 80 orang terlibat termasuk anggota JPA yang diadakan di Balai Raya Alor Mak Bah kelmarin, dan mereka juga diberi kesedaran tentang kepentingan memberi kerjasama dan mengikut arahan daripada pihak jabatan semasa banjir,” katanya.
            Di dalam latihan ini orang awam juga diajar kemahiran cara-cara menyelamat dengan menggunakan  instrument yang ada di persekitaran. Dengan memperolehi kemahiran sebegini mereka boleh menyelamatkan keadaan sebelum pasukan penyelamat sampai di kawasan mereka semasa banjir berlaku.
            Kg Alor Mak Bah hampir setiap tahun dilanda banjir berpunca daripada sistem pengairan yang tidak sempurna yang menyebabkan air lambat surut ditambah dengan kawasan yang secara semulajadi berada rendah.
            “Fenomena banjir di daerah Dungun mempunyai dipengaruhi oleh beberapa faktor bergantung kepada lokasi kawasan tersebut. Bagi kawasan Hulu Dungun iaitu Kg Pasir Raja, hujan yang turun lebat dan berpanjangan di kawasan ini mempunyai implikasi kepada kawasan lain yang berdekatan dengan muara sungai terutama di Kg Rantau Panjang, Kg Che Lijah,  Taman Rakyat, Kg Alor Mak Bah dan lain-lain kampung yang berdekatan.  
            Keadaan akan lebih berbahaya apabila fenomena air laut pasang berlaku yang menyebabkan paras air menjadi lebih tinggi, jalan Jerangau Tok Kah akan ditenggelami air.
            “Oleh sebab itu pihak JPA menyarankan penduduk di kawasan berisiko ini berpindah apabila paras air di kawasan di Hulu Dungun mencapai paras bahaya kerana air tersebut akan mengalir ke kawasan terbabit. Di Kg Che Lijah dan beberapa kawasan sekarang ini sudah ada tanda-tanda banjir akan berlaku jika hujan berterusan, hujan yang turun sekarang sudah mewujudkan kawasan-kawasan bertakung,” katanya lagi.
            Beliau kesal dengan sikap penduduk yang tidak mengikut arahan dan enggan berpindah apabila diarahkan yang membahayakan nyawa mereka sendiri, walaupun hujan sudah berhenti di sesuatu kawasan tetapi penduduk perlu beringat, air daripada kawasan Hulu Dungun yang turun pada waktu malam boleh menaikkan paras air ke tahap kecemasan tanpa disedari oleh mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan