search berita di sini

BP PETRONAS Acetyles sehari bersama komuniti

Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail

“5 sekolah menerima sumbangan BP PETRONAS Acetyles”
Dungun                :               BP PETRONAS Acetyles Sdn Bhd (BPPA) sebuah syarikat pengeluar asid asetik  usaha sama 2 syarikat gergasi dalam industri petrokimia Petronas dan BP, tidak hanya menjalankan aktiviti bersifat komersial tetapi aktif  melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat yang bermanfaat kepada mayarakat.
                Selain terlibat secara aktif bersama Jabatan Perikanan dan WWF Malaysia dengan menjadi rakan kongsi Pusat perlindungan Penyu Ma’ Daerah yang menjadi salah satu tempat pemuliharaan penyu di Labohan, Terengganu, baru-baru ini BP PETRONAS Acetyles Sdn Bhd menyampaikan sumbangan sebanyak RM 15, 000 kepada 5 buah sekolah di Mukim Paka di bawah Program Prihatin Pelajar.
                Menurut Senior HRA Executive syarikat tersebut, Mohammed Sofi Husin setiap sekolah yang terpilih akan menyenaraikan 15 pelajar miskin dan akan mengagihkan bantuan tersebut sebanyak RM 200 seorang untuk membeli keperluan persekolahan mereka.
                “Dengan sumbangan yang disampaikan khusus kepada pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan di bawah Program Prihatin Pelajar ini, sedikit sebanyak ianya akan dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung ibu bapa atau penjaga untuk menghantar anak mereka ke sekolah dan seterusnya dapat menjana keemerlangan pendidikan.
                Sumbangan yang disampaikan oleh wakil Pengurus Besar BP PETRONAS Acetyles Sdn Bhd (BPPA), Fakhrul Razi Abd Malik kepada Pengetua sekolah berkenaan di majlis Sehari Bersama Komuniti bertempat di perkarangan Masjid Taman Hadhari Paka  itu turut dihadiri Adun Paka, Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah, Pegawai Pelajaran daerah Dungun, Zakariah Ali dan  wakil Syarikat Petronas.
                Di majlis yang dihadiri lebih seribu orang penduduk sekitar, pihak syarikat turut mengadakan mini pameran khusus untuk menerangkan cara-cara BP PETRONAS Acetyles Sdn Bhd (BPPA) beroperasi, sistem keselamatan yang diamalkan syarikat dan juga pencapaian-pencapaian cemerlang yang telah terbentuk sepanjang 10 tahun berperasi di loji kerteh.
                Penduduk, Mohd Safri Mat Ali, 42, berkata majlis Sehari Bersama Komuniti anjuran BP PETRONAS Acetyles Sdn Bhd (BPPA) ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara BP PETRONAS Acetyles Sdn Bhd (BPPA) dengan masyarakat di sini dan membolehkan penduduk mengenali dengan lebih dekat matamat dan produk yang dikeluarkan. 
                “Program syarikat yang beroperasi di kawasan perindustrian di sini dengan masyarakat sekitar perlu di adakan selalu, terutama sekali melibatkan golongan kurang bernasib baik seperti pada hari ini,” katanya yang ditemui di majlis tersebut.
                Adun Paka, Zakaria@Mohd Ariffin Abdullah berkata usaha BP Petronas Acetyles yang komited dengan program kemasyarakatan dan menganjurkan berbagai program bersama pihak sekolah patut dijadikan contoh kepada syarikat-syarikat yang lain.
           "Program ini juga dapat memupuk minat masyarakat khasnya para pelajar  untuk meminati bidang sains, mencintai alam sekitar dan memberi pengetahuan baru berkaitan prosedur-prosedur keselamatan diamalkan syarikat besar bertaraf dunia.
           "Saya amat tertarik dengan usaha BP Petronas Acetyles yang terlibat aktif bersama-sama Jabatan Perikanan dan WWF Malaysia dalam usaha untuk menyelamatkan tujuh spesisi penyu yang hampir pupus dengan mengelola Pusat Perlindungan Penyu Ma' Daerah di Labohan, Terengganu
             Wakil BP PETRONAS Acetyles Sdn Bhd (BPPA), Fakhrul Razi Abd Malik berkata, sebagai sebuah syarikat bertaraf dunia dan beroperasi mengikut piawaian bertaraf dunia sudah menjadi sebahagian daripada tugas kami untuk mengenengahkan konsep penggunaan sains dan teknologi yang mesra alam kepada masyarakat terutamanya para pelajar.
                “Pihak syarikat dari semasa ke semasa sentiasa menganjurkan program  bagi menarik minat para pelajar mempelajari bidang sains dan mencintai alam sekitar. Program BP My Science contohnya, pihak syarikat memperuntukkan sebanyak RM500, 000 khusu ntuk program ini yang melibtkan pelajar-pelajar dari berbagai sekolah di Malaysia,”  katanya.
               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan