kedai alatan pengantin di pusat niaga sura gate disamun
Dungun; sebuah kedai menyewa alatan pengantin di pusat niaga sura gate di sini disamun dua orang lelaki perwatakan cina pada petang semalam dan kerugian dianggarkan bernilai RM 3000 termasuk 2 telefon bimbit, seutas gelang tangan, seutas jam tangan dan duit sebanyak RM 1000..
Pekerja kedai yang berada ditingkat atas sebuah kedai emas dan bersebelahan dengan Pizza Hut Dungun tersebut, Musalmi Mohamad, 33, berkata pada petang kejadian dia yang berseorangran di kedai sedang menunggu seorang pelanggan yang berjanji akan datang pada jam 2.30 petang.
Lebih kurang jam 2.00 petang beliau yang berada di dalam kedai didatangi seorang lelaki yang pernah berkunjung ke kedai beliau pada bulan lepas. Tanpa mengsyakki apa-apa, beliau membuka pintu kedai yang berkunci dari dalam.
“Entah kenapa pada petang itu saya agak berani memberkan lelaki tersebut masuk walaupun berseorangan didalam kedai.
“Mungkin juga oleh kerana lelaki tersebut pernah datang ke kedai saya sebulan yang lepas membuatkan saya menyangka lelaki tersebut tidak mempunyai niat jahat, katanya.
Lelaki tersebut memberitahu dia berminat dengan pakej yang ditawarkan di kedai ini dan bercadang menyewa set pengantin untuk perkahwinan adik lelaki beliau yang akan diadakan di sebuah hotel.
Selepas itu lelaki tersebut memberitahu dia hendak menelefon adiknya yang berada di bawah dan Sebentar kemudian seorang lelaki yang juga berpewatakan cina datang.
“Dia membuat panggilan telefon dan berakap munggunakan bukan bahasa Melayu. Kalau bukan bahasa cina, bahasa myianmar macam tulah.
Lelaki tersebut memberitahu bahawa sebelum ini dia telah pergi ke beberapa kedai membuat tinjauan untuk menyewa set pengantin untuk adiknya itu sambil menunjukkan kepada saya gambar di dalam telefonnya yang kononnya gambar pakaian pengantin di sebuah kedai di Paka
“Lelaki tersebut meminta untuk mencuba baju pengantin dan semasa saya membelakangkan mereka berdua, salah seorang daripada mereka mengacukan pisau di leher saya.
“Dia berkata dia tidak akan apa-apakan saya ,dia hanya mahukan duit, oleh kerana ketakutan saya tidak boleh berbuat apa-apa selain membiarkan mereka mengikat kaki, tangan dan menutup mulut saya.
Selepas menggeledah dan merampas barang kemas yang saya pakai, kedua lelaki tersebut meningglkan saya dengan kedaan mulut tertutup, tangan dan kaki terikat sehinggalah diselamatkan oleh pelanggan yang datang kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan