Dungun: Program ‘komuniti policing’ kini menjadi platform dalam menyalurkan maklumat dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama membenteras jenayah.
Shazili Salim, 21, berkata melalui program turun padang seperti ini dapat memberi peluang kepada pihak polis mendekati golongan muda yang sekarang ini banyak terlibat di dalam aktiviti yang tidak sihat yang menjadi masalah besar kepada masyarakat
“kesedaran di kalangan generasi muda akan memudahkan mereka untuk menyalurkan maklumat berkenaan kegiatan tidak sihat terutamanya jenayah rempit, dan penyalah gunaan dadah yang semakin berleluasa.
Pengurus Kopitiam Dungun, Zaharah Zainuddin, 44, berkata beliau yang sentiasa mengambil peluang bersama-sama keluarga menyertai program ‘community policing’ anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun berasa bangga kerana kali ini Kopitiam Dungun menjadi lokasi persinggahan Konvoi Bermotosikal untuk program community policing di sini.
“Dengan membawa keluarga bersama-sama ke program community policing, ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan baru kepada mereka untuk menjauhi aktiviti yang tidak sihat.
Timbalan Ketua Polis Negeri Terengganu, SAC II Hamzah Md Jamil yang ditemui semasa mengedar pemplet keselamatan pemanduan di Kopitiam Dungun yang menjadi lokasi persinggahan konvoi bermotosikal pada Isnin lalu.
Mengulas lanjut beliau berkata, konvoi bermotosikal seramai 21 pegawai kanan termasuk 3 pegawai kanan wanita tersebut adalah salah satu daripada program di dalam Kursus Asas Motorsikal Berat Khas untuk Pegawai Kanan yang bermula 1 Disember hingga 24 Disember ini.
Di dalam kursus ini peserta membuat perjalanan jarak jauh ke dearah-daerah di Terengganu dengan disertai tenaga pengajar dari Maktab Teknik PDRM dan berhenti di beberapa lokasi di setiap daerah.
“Selain bertujuan menasihati pengguna jalanraya dan dapat mengadakan program komuniti policing di tempat persinggahan sebagaimana program yang diadakan pada petang ini, pegawai terlibat dapat meningkatkan kecekapan pemanduan.
Beliau berkata, kursus ini juga menjadi salah satu usaha pihak beliau yang kini serius dalam menangani gejala Mat Rempit yang semakin menjadi-jadi dikalangan golongan remaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan