search berita di sini

ANGKASA mensasar 1.5 juta anggota koperasi akan menyertai Skim Tabarru’ ANGKASA menjelang 2010

** BERITA INI AKAN  KELUAR PAPER TAK LAMA LAGI

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail


Ketengah Jaya:             Timbalan Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaa Malaysia Berhad (ANGKASA), Dato’ Abdul Fatah Abdullah berkata koperasi kini sewajarnya lebih prihatin untuk menjaga kebajikan kepada para anggotanya justeru itu para pemimpin koperasi di seluruh negara perlu mengambil pendekatan supaya para anggota mereka mendapat perindungan tabarru’yang dapat membantu waris anggota mereka apabila mereka meninggal dunia.
            Menurut beliau lagi, menyedari keperluan itu Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mensasarkan seramai 1.5 juta anggota koperasi ahlinya menertai Skim Tabarru’ (khairat kematian) ANGKASA yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat takaful menjelang akhir tahun 2010.
            “Sehingga kini seramai kira-kira 120,000 koperator daripada 158 koperasi diseluruh negara telah menyertai skim ini.
            Di dalam kenyataan kepada media di majlis penyampaian cek Skim Tabarru’ ANGKASA kepada waris dua anggota koperasi yang meninggal dunia di  Felda Kerteh 4 disini baru-baru ini beliau turut berkata, melalui skim Tabarru’ ANGKASA para anggota koperasi yang berumur 16 hingga 65 tahun boleh menyertai skim ini dengan mencarum sebnyak RM5 setahun. Bagi caruman sebanyak itu waris anggota koperasi akan menerima bayaran khairat kematian dan belanja pengebumian sebanyak RM3, 800.
            Mengulas lanjut beliau berkata, jika seseorang ahli membuat caruman sebanyak RM25 setahun dan jika mereka meninggal dunia, waris akan mendapat sebanyak RM19,000.
            “Bagi anggota koperasi yang berumur 66 hingga 80 tahun pula, satu plan perlindungan juga turut disediakan dengan caruman tahunan sebanyak RM20 dan semua pilihan skim ini adalah dibuat oleh anggota koperasi berdasarkan pilihan masing-masing.
            Tambahnya, sehingga kini sebanyak 3.5 juta telah dibayar kepada waris anggota koperasi yang meningal duniadan ini merupkan sumbangan yang dapat diberikan oleh ANGKASA kepada anggota koperasi.
            Beliau juga berharap agar koperasi-koperasi diseluruh negara menyertai skim ini supaya nasib waris anggota koperasi terbela.
            Turut hadir di majlis penyampaian cek tersebut ADUN Paka, YB Zakaria@Mohd Ariffin Abdullah dan Pegawai Perhubungan ANGKASA negeri Terengganu, Mohd Jais Hassan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan