search berita di sini

Program Jiwa Murni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia




“Kita berharap dengan adanya program sebegini masyarakat khususnya nelayan akan dapat membantu APMM melaksanakan fungsi iaitu mengawal, melindung dan menyelamat ataupun lebih dikenali dengan 3M dengan lebih berkesan.

“Program Jiwa Murni mendedah peluang kerjaya kepada golongan muda dan memupuk kerjasama yang lebih erat antara penduduk dan APMM”


Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail

Kuala Abang:               Program Jiwa Murni hasil inisiatif Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perkampungan nelayan Kampung Kuala Abang memberi peluang kepada komuniti nelayan mengenali dengan lebih dekat fungsi dan peranan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, peluang kerjaya dan juga berupaya memupuk persefahaman dan kerjasama yang lebih erat antara penduduk dan agensi berkenaan.
            Pengerusi Persatuan Nelayan daerah Dungun, Mat Yassin Mohamed berkata dengan adanya kerjasama yang erat antara nelayan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tugas menjaga perairan negara daripada kegiatan yang tidak diingini berjalan dengan lebih lancar.
            “Selain itu program sebegini juga dapat mendedahkan penduduk khususnya golongan muda mengenai peluang kerjaya di dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,” katanya.
            Dalam program selama sehari itu beberapa akiviti dijalankan termasuk bergotong royong membaik pulih rumah nelayan, sesi penerangan dan pameran berkaitan fungsi dan tugas APMM, sesi  penerangan mengenai kerjaya dalam PPMM, sukan rakyat dan lain-lain lagi.
            Mazlan Ishak, 46, berkata beliau berterima kasih dengan peruntukan PPMM sebanyak RM 3000 untuk kerja membaik pulih rumahnya yang uzur yang dilakukan secara bergotong royong sempena program Jiwa Murni di sini.
             Selain itu, beliau berkata sebelum ini tidak berapa tahu mengenai tugas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) .
            “APMM bukan sahaja menjalankan tugas membuat penangkapan kepada penceroboh perairan negara malah turut menjalankan operasi berkaitan penyeludupan, pencemaran laut, operasi menyelamat dn lai-lain lagi,” katanya yang bekerja sebagai nelayan sepenuh masa.
            Mohd Khairul Amri, 16, berkata pameran yang diadakan banyak memberi pengetahuan baru dan berguna kepada golongan remaja seperti kami terutama sekali mengenai peluang kerjaya dalam APMM.
            “Saya difahamkan APMM baru ditubuhkan 4 tahun yang lalu namun walaupun masih baru ditubuhkan agensi ini berjaya melakukan operasi besar seperti operasi memadam kebakaran KD Sri Inderapura di Lumut baru-aru ini.
            Beliau yang mula berminat untuk menyertai pasukan APMM pada satu setelah mendapat pendedahan turut menyuarakan  cadangan supaya diadakan kadet APMM di sekolah-sekolah sebagaimana kadet-kadet tentea yang lain.
            Program berkenaan dirasmikan oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Dato’ Ismail Hamzah. Turut sama Adun Rantau Abang, Dato’ Za’abar Dato’ Mohd Adib,  Ketua Penguatkuasa  Daerah Maritim Kuala Terengganu, KDR Maritim Syd Mohd Fuzi Syd Hasan dan Ketua Perikanan Dungun, Abdul Rahman Kasim
            Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Dato’ Ismail Hamzah berkata program Jiwa Murni ini adalah kali yang kedua diadakan di Terengganu dan akan diperluaskan ke lain-lain kawasan terutamanya membabitkan penempatan nelayan.
                “Selan daripada program Jiwa Murni, APMM juga mengadakan program-program lain bersama masyarakat seperti Program Kesedaran Keselamatan Nelayan, Program Preventive SAR, Program Seminar Kerjaya Maritim dan lain-lain lagi.
                “Kita berharap dengan adanya program sebegini masyarakat khususnya nelayan akan dapat membantu APMM melaksanakan fungsi iaitu mengawal, melindung dan menyelamat ataupun lebih dikenali dengan 3M dengan lebih berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan