search berita di sini

kursus pengurusan janazah penyakit kronik anjuran Pejabat Kesihatan daerah Dungun dan AADK






 
Paka:   Seramai 100 orang awam dan kakitangan AADK di sini berpeluang menghadiri kursus pengurusan janazah penyakit kronik yang dianjurkan Pejabat Kesihatan daerah Dungun dan AADK daerah Dungun.
            Peserta didedahkan dengan penggunaan alatan perlindungan diri semasa menguruskan jenazah penyakit kronik seperti HIV oleh penceramah dari Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Pejabat Kesihatan daerah Dungun dan hokum-hakam serta cara-cara pengurusan jenazah dari sudut keagamaan oleh penceramah Pejabat Agama daerah Dungun.
            Penduduk Azmi Abd Rahman, 35, berkata beliau berasa amat bertuah dapat menghadiri program pengurusan jenazah ini kerana dapat mempelajari dengan mendalam cara-cara mengendali jenazah yang menjadi fardhu kifayah kepada umat islam.
            “Sebagai seorang muslim ilmu dan kemahiran sebegini perlu dipelajari  terutamanya oleh golongan muda yang bakal memikul tanggungjawab suatu hari nanti.
            “Sikap menghindarkan diri daripada menguruskan jenazah yang mengidap AIDS dan sebagainya perlu dikikis daripada persepsi masyarakat, dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan menggunakan peralatan yang disediakan oleh pejabat kesihatan seseorang itu tidak perlu khuatir mengenai keselamatan  bila menguruskan jenazah sebegini,” katanya.
            Mohd Shaifuddin Zakaria, 24, seorang kakitangan AADK daerah Dungun berkata kursus ini banyak memberi pengetahuan baru kepada beliau tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu dijaga semasa menguruskan jenazah yang berpenyakit kronik.
            “Dengan menggunakan alatan kesihatan yang dibekalkan pejabat kesihatan saya berasa yakin keselamatan pengendali urusan jenazah berpenyakit kronik selamat.
            “Sebagai kakitangan AADK kami tidak dapat mengelakkan diri daripada berhadapan dengan penagih yang berpotensi tinggi mengidap HIV, dengan mempelajari kemahiran-kemahiran sebegini ianya banyak membantu keyakinan diri dalam menjalankan tugas dengan selamat,” katanya.
            Seorang penduduk dari Kg Bukit Merah Hasyim Arsyad, 49, berkata beliau agak kagum dengan kehadiran peserta yang menghadiri kursus ini kerana kebanyakannya terdiri dari golongan belia.
            Penglibatan kakitangan AADK bersama-sama masyarakat dengan menganjurkan majlis sebegini akan mengeratkan lagi masyarakat setempat, dengan cara ini kerjasama dalam menangani gejala penagiha dadah akan lebih berkesan,” katanya yang berharap aktiviti seperti diperbanyak lagi di sini.
            Pegawai AADK daerah Dungun, Roslina Awang berkata pihaknya sentiasa merancang program bersama masyarakat setempat dan di waktu terdekat ini AADK Dungun akan mengadakan program GEMPADAH yang melibatkan beberapa kawasan yang mempunyai kadar penagih yang tinggi di daerah ini.
            Selain itu pihaknya juga giat menjalankan operasi bersepadu bersama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan tujuan untuk mengesan dan menahan mana mana individu yang disyaki penagih dadah dan mewujudkan pemanduan berhemah tanpa dadah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan