Dungun Seorang lelaki ditemui maut di tali gantung dalam sebuah bilik di sebuah rumah di rumah murah Jln Sek Pusat Dungun di sini malam Ahad lalu.
Tuan Afif Tuan Mohd Saifuddin, 20, jiran si mati berkata pada malam tersebut abang si mati, Mohd Ali Abd Ghani 26, datang ke rumah si mati dan memanggil adiknya tetapi tiada siapa yang membuka pintu. Bimbang dengan keselamatan adiknya, dia meminta pertolongannya membuka pintu rumah yang terkunci dari dalam.
Apabila berjaya membuka pintu, mereka terkejut mendapati Jamal Yusran Abd Ghani, 23, tergantung dengan tali belon di alang pintu bilik sebelah kanan dengan badan condong ke belakang.
Ketakutan melihat apa yang berlaku abang si mati menyuruhnya memeriksa nadi masih berdenyut atau tidak.
“Semasa memegang tubuh, tubuhnya suam-suam kuku dan sudah tak bernafas.
“Abang si mati menyuruh saya meninggalkan dia di rumah itu dan memanggil jiran-jiran yang berdekatan.
Tuan Afif Nasri Tuan Mohd Saifuddin berkata, tiga hari lepas dia ada bertanya jirannya mengapa tidak tidak bekerja pada hari itu. Jirannya memberitahu dia tidak turun ke laut kerana ombak besar.
Dia mengenal simati semnjak menjadi jirannya iaitu hamper setahun yang lalu. sebelum ini jirannya itu mengambil upah membaiki mesin jahit, cuma seminggu yang lepas dia mula bekerja sebagai nelayan. jirannya itu kadang-kadang berbual-bual dengan jiran-jiran yang lain di garaj yang menjadi tempat mereka berkumpul di waktu lapang.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata si mati meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan berumur 1 tahun 2 bulan. Isterinya masih di dalam keadaan trauma berikutan kejadian tersebut
Simati dengan abangnya agak rapat dan abangnya selalu datang kerumahnya bertanya khabar, isteri si mati bekerja sebagai guru KAFA dan tidak tinggal bersama semenjak seminggu yang lalu.
Mayat si mati dihantar ke Hospital Besar Daerah Dungun pukul 10.45 malam untuk bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syed Yahya di sini pukul 1 malam semalam. Punca kematian masih dalam siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan