search berita di sini

PPD Dungun menghargai Keprihatinan agensi kerajaan menangani Masalah sosial di kalangan pelajar



PPD Dungun menghargai Keprihatinan agensi kerajaan menangani Masalah sosial di kalangan pelajar
Dungun:            Keprihatinan agensi-agensi kerjaan seperti PDRM dan AADK bersama-sama warga pendidik dalam usaha menangani masalah sosial di kalangan pelajar mendapat pujian Pegawai Pelajaran Jabatan Pelajaran Daerah Dungun, Zakaria Ali di Majlis Sambutan Hari Raya Warga Pendidik Daerah Dungun.
            Beliau berkata peranan daripada pelbagai pihak memainkan peranan yang penting di dalam membentuk syahsiah seseorang pelajar dan bukan hanya terletak di bahu guru semata-mata
            “kita gembira dengan kerjasama yang diberikan agensi-agensi kerjaan dan guru-guru yang komited dengan usaha menjayakan program membendung masalah sosial di sekolah-sekolah.
            “Antara inisiatif yang diambil ialah dengan mengadakan kerjasama dengan pihak PDRM dan masyarakat setempat. Para pelajar ini akan diberi kesedaran melalui program motivasi, kaunseling dan sebagainya,” kata beliau lagi.
            Seorang guru Yeo Kim Geok, berkata aspek agama memainkan peranan yang penting dalam diri seseorang pelajar, pelajar yang mempunyai asas pegangan agama yang kukuh akan mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik.
            Beliau juga berpendapat perhatian daripada ibu bapa amatlah penting terutama sekali dalam memberi didikan agama yang secukupnya kepada pelajar lebih-lebih lagi pelajar pada hari ini berhadapan dengan pelbagai pengaruh negatif dari persekitaran, rakan sebaya, media dan sebagainya.
            “Pihak sekolah hanya mampu menganjurkan program bimbingan dan kaunseling kepada pelajar tetapi sejauh mana keberkesanannya bergantung kepada diri pelajar terbabit. Jikalau keluarga tidak turut memberi bimbingan agak sukar pelajar tersebut untuk melakukan perubahan terhadap dirinya,” katanya lagi
            Seorang bekas guru Maidin Ahmad, 61, berkata kebanyakan ibu bapa pada hari ini sibuk dengan urusan kerja hingga mengabai tanggungjawab kepada anak-anak yang menyebabkan masalah sosial dikalangan pelajar menjadi semakin serius.
            Beliau yang juga merupakan bekas guru besar dan pernah memegang jawatan Penyelia Kanan Hal ehwal Murid di Pejabat Daerah Dungun dan kini merupakan Penasihat Mahkamah Juvana Daerah Dungun juga berpendapat bimbangan dan perhatian daripada keluarga dan masyarakat setempat merupaka perkara terpenting untuk mengelakkan pelajar terjerumus ke dalam masalah sosial.
            Beliau bersetuju dengan inisiatif yang diambil Pejabat Pelajaran Daerah dengan menganjurkan program bersama PDRM, AADK, masyarakat setempat dan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk dalam memberi kesedaran kepada pelajar yang bermasalah ini.
            Pengerusi Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling, Che. Wan Ismail Che Wan Ngah berkata program bersama PDRM, AADK dan lain-lain agensi dijalankan dari semasa ke semasa kerana kita sedar pelajar yang terlibat dengan gejala sosial sebenarnya masih ada potensi jika dibimbing dan diberi kesedaran bersama-sama.
            Majlis yang dihadiri warga pendidik daerah Dungun, kakitangan jabatan kerajaan ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Haji Ariffin Haji Embong yang diadakan di Perkarangan Pejabat Pelajaran Daerah di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan