Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Paka: Kempen kawalan denggi melalui program Komunikasi untuk Perubahan Tingkah laku (COMBI) yang menjadikan pelajar sebagai sasaran utama anjuran Pejabat Kesihatan daerah Dungun dan Jabatan Pendidikan Daerah mendapat sambutan hangat pelajar dan masyarakat di sini.
Seramai 200 orang pelajar tahun 4, 5 dan tahun 6 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Chee Mong dan Sekolah Rendah Kebangsaan Paka yang tinggal di Kg Limbong, Kg Pantai Laut, Kg Cacar Lama dan Kg Gong Gemia menyertai aktiviti mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes di sekitar kampung tersebut.
“Aktiviti ini menarik ramai pelajar kerana ianya dikira sebagai satu pertandingan, pelajar yang banyak menjumpai tempat pembiakan aedes akan menerima hadiah.
“Walaupun hadiah yang disediakan apa yang penting mereka berasa lebih seronok dapat bersama-sama menjalankan tanggungjawab menghapus tempat-tempat pembiakan aedes.
Pada hari kedua kempen beberapa acara diadakan di Dewan Sivik Paka iaitu pertandingan mewarna kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan, pameran denggi & HNI, tayangan video dan kuiz denggi yang turut dihadiri Pengerusi Penyelaras Dun Sura, YB Senator Zainun Abu Bakar.
Penduduk Abdullah Ahmad, 40, sambutan yang ditunjukkan oleh para pelajar amat memberangsangkan hinggakan para pelajar yang tinggal di luar kampung Pantai Laut, Kg Cacar Lama dan Gong Gemia turut sama hadir menyertai pertandingan yang dianjurkan.
“Saya mencadangkan pihak Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pendidikan mengadakan lebih banyak lagi program sebegini untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.
Abdul Ghaffar Yusuf, 60, berkata dengan kempen sebegini diharap masyarakat di sini lebih bertanggungjawab memastikan rumah kediaman masing-masing bebas daripada menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.
“Walaupun kes-kes kejadian demam denggi tidak tinggi di kawasan ini, tanggungjawab membersihkan kawasan kediaman dengan menghapuskan semua bekas yang tidak berguna yang boleh menakung air ke dalam tempat pelupusan sampah perlu menjadi amalan.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Ahmad Nazri Shafie @ Senik, yang mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Dungun berkata kempen melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat setempat ini adalah salah satu langkah yang diambil Pejabat Kesihatan daerah Dungun dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah untuk menanam kesedaran menjaga kebersihan persekitaran kepada kepada orang ramai.
“Ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan penting kepada para pelajar dalam memberi tunjuk ajar dan teladan tentang penjagaan kebersihan persekitaran untuk mencegah dan mengawal penyakit-penyakit yang berpunca dari persekitaran yang kotor,” katanya.
Objektif umum program COMBI adalah untuk mengurangkan kejadian kes demam denggi di lokaliti yang terlibat iaitu kepada 80% kes pada tahun 2010 berbanding tahun 2009. Melaui mengadakan program-program di kalangan masyarakat setempat bermula dari peringkat persekolahan dalam menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedis di premis dan persekitaran.
Manakala secara khususnya program ini bertujuan untuk memupuk pelajar sekolah supaya memeriksa tempat- tempat takungan dan pembiakan aedes di rumah setiap hari Jumaat iaitu selama 10 minit.
Program ini juga bertujuan untuk menjadikan tabiat gotong-royong membersihkan rumah sebagai amalan dan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat peri pentingnya bersama-sama menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes bagi semua lapisan masyarakat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan