Dungun: RELA daerah Dungun membantu pihak Jabatan Pendaftaran Negara menyelesai masalah My Kad tidak dituntut orang ramai di daerah berkenaan bermula awal 2010 lalu.
Salleh Sulong, 77, berkata beliau menghadapi kesulitan untuk ke pejabat pendaftaran daerah kerana tidak mampu untuk ke pejabat tersebut disebabkan masalah kesihatan yang dialami dan jarak tempat tinggal dengan pejabat yang terlalu jauh melebihi 50 kilometer.
Beliau yang memohon My Kad buat kali ketiga pada bulan November 2009 setelah My Kad miliknya mengalami kerosakan sebanyak dua kali tidak menyangka kedatangan anggota RELA rumahnya adalah semata-mata untuk menyerahkan My Kad.
Ramlah Ismail, 44, berkata, beliau yang tinggal di Felda Kerteh 2 dan tidak memiliki kenderaan sendiri menghadapi masalah pengangkutan untuk ke pejabat pendaftaran di daerah dungun yang terletak agak jauh melebihi 60 kilometer.
Pegawai RELA daerah Dungun, Wan Mohd Afendi Wan Ismail, berkata, pihaknya berjaya menyerahkan sebahagian My Kad tidak dituntut kepada pemohon dan sebahagian pemohon lagi diminta hadir ke Pejabat Pendaftaran daerah Dungun menuntut My Kad masing-masing kerana keluar bekerja, menuntut (belajar) di tempat yang lain.
“Kita seboleh upaya membantu pihak JPN daerah mengesan orang ramai berdasarkan alamat pemohon yang diberikan pihak JPN namun tidak semua My Kad tersebut berjaya diserah kepada pemohon kerana ada di antara mereka terutamanya golongan muda yang berada di luar daerah, berada di pusat pengajian, bekerja dan sebagainya.
“Untuk kes-kes sebegini, anggota kita cuba menyampaikan maklumat kepada keluarga mereka supaya datang menuntut My Kad dengan secepat yang mungkin di pejabat pendaftaran.
“Apa yang mengejutkan kami, ada di kalangan pemohon My Kad yang sengaja tidak menuntut My Kad yang dipohon walaupun menerima surat makluman supaya datang menuntut My Kad di pejabat JPN Dungun dengan alasan My Kad lama yang hilang sudah ditemui semula tanpa mereka mengedari bahawa kad yang ditemui itu sudah tidak sah lagi untuk digunakan.
“Dengan kuasa yang diberikan pihak JPN, anggota RELA menerangkan bahawa kad yang ditemui itu sudah tidak sah dan perlu dipulangkan, ada diantara mereka mula gelabah takut dikenakan tindakan dan memaklumkan mereka tidak menyedari kesilapan yang dilakukan itu.
Seorang penduduk Hulu Dungun, Roslan Mohamad, 40, berkata keprihatinan pihak JPN mengambil inisiatif dengan meminta kerjasama daripada pihak RELA dan POLIS membantu menyerah My Kad tidak dituntut wajar dipandang mulia oleh semua anggota masyarakat.
“Sikap melengah-melengah menuntut MY Kad bukan sahaja menyusahkan pihak berkuasa namun turut memberi masalah kepada diri sendiri terutama sekali bila berurusan dengan agensi-agensi kerajaan dan sebagainya.
“Tidak dinafikan, kebanyakan penduduk kampung jarang sekali berurusan dengan menggunakan My Kad, namun begitu kepentingan memilik dan menjaga kad pengenalan diri sudah menjadi kewajipan sebagai seorang warganegara .
“Pihak berwajib perlu memperbanyakkan lagi kempen-kempen kesedaran tentang penjagaan My Kad terutama sekali di perkampungan luar bandar seperti di Hulu Dungun bagi meningkatkan kesedaran penduduk. END
11114: Wan Mohd Afandi Wan Ismail929: Wan Afandi menyemak My Kad sebelum diserahkan kepada penerima
931:Wan Afandi memberi penerangan sebelum menyerahkan My Kad kepada penerima
Tiada ulasan:
Catat Ulasan