search berita di sini

Mangsa kebakaran Balai Besar menerima lawatan pemuda


Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun:   Keperitan hidup yang ditanggung sebuah keluarga di kampong Balai Besar yang ttinggal sehelai sepinggan setelah rumah mereka terbakar akhir bulan lepas sedikit terubat dengan keprihatinan pelbagai pihak dan masyarakat setempat dengan menghulurkan bantuan dan apa yang termampu.
                Rozlan Mohd, 43, yang bekerja sebagai buruh binaan berkata sekarang ini buat sementara waktu mereka sekeluarga dan ibunya menumpang di anak saudara di perumahan Taman Rakyat.
                “Saya mencari rumah untuk disewa namun kadar sewa yang agak tinggi dibandingkan dengan pendapatan yang tidak menentu sebagai buruh binan menyebabkan saya tiada pilihan lain daripada terus tinggal dengan anak saudara di perumahan Taman Rakyat di sini.
                “Sehingga kini pihak Jawatankuasa kampung, pemimpin-pemimpin tempatan datang melawat dan membantu saya mengisi borang-borang bantuan termasuklah borang bantuan persekolahan anak-anak.
                “Saya berharap usaha pemimpin-pemimpn tempatan terutama sekali untuk mendapatkan sebuah rumah akan berjaya,’ katanya penuh harapan setelah tinggal sehelai sepinggan dan menanggung kerugian kehilangan rumah pusaka dan harta bendayang dianggarkan bernialai RM 90 ribu.
Ibu beliau, Nik Ngah Jusoh, 73, berharap permohonan anaknya itu dipercepatkan lebih-lebih lagi bila memikirkan nasib kedua orang cucunya yang masih di sekolah rendah dan memerlukan tempat tinggal untuk belajar.
                Beliau yang menganggap apa yang terjadi adalah ketentuan tuhan terharu dengan kunjungan rombongan pemuda umno bahagian Dungun yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Dungun, Azhar Jambul bersama JKKK Balai Besar baru-baru ini.
                “Pemuda UMNO bahagian Dungun sentias aktif dengn pelbagai aktiviti termasuklah embuat kunjungandan sumangan kepada pihak yang ditimpa musibah kebakaran, banjir dan sebagainya’” katanya yang mewakili pemuda UMNO Dungun menyampaikan sumbangan barang keperluan harian kepada Roslan.
                “Selain dapat membantu mangsa dengan menghulurkankan bantuan, program kunjungan sebegini secara tidak langsung mendekatkan diri dengan masyarakat, menyelami permasalahan mereka dan mendidik ahli supaya lebih peka dengan permasalahan masyarakat,’katanya.      end

Tiada ulasan:

Catat Ulasan