“larangan mandi-manda di pantai teluk lipat tidak menjejaskan bilangan pengunjung ke pantai tersebut’
Mohd Zawawi Mat Ail
Sura: Orang ramai khususnya penduduk berhampiran pantai Teluk Lipat di sini menarik nafas lega dengan tindakan Majlis Perbandaran Dungun meletak papan tanda amaran larangan mandi mandi di empat kawasan merbahaya yang sering berlaku kejadian lems di pantai tersebut.
Tinjauan Edisi Timur di pantai berkenaan, mendapati terdapat 4 papan tanda amaran larangan mandi-mandi dipasang pihak Majlis Perbandaran Dungun, di kawasan pantai berhampiran kampus UiTM dungun, kawasan berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Dungun dan kawasan tempat kejadian pasangan kembar lemas pada penghujung Disember lalu.
Arahan larangan mandi-mandi dibeberapa kawasan merbahaya tidak menghalang pengunjung terus mengunjungi pantai tersebut terutama sekali pada waktu petang di hujung minggu.
Semasa tinjauan pengunjung memenuhi wakaf-wakaf dan tepian pantai manakala gerai-gerai makan di sepanjang pantai dipenuhi dipenuhi pelanggan.
Peniaga kedai makan, Dahlan Noor Mohd, 47 berkata, larangan mandi-mandi tidak menjejaskan bilangan pengunjung yang semakin bertambah saban hari.
“Sebelum ini orang ramai terutamanya peniaga-peniaga gerai makan bimbang pengunjung akan berkurangan dan akan menjejaskan pendapatan mereka dengan tindakan pihak MPD meletak tanda amaran mandi-manda di beberapa kawasan merbahaya di pantai tersebut.
“Kedatangan orang ramai seperti biasa malah bertambah ramai berbanding sebelum ini,” katanya yang sudah 10 tahun membuka gerai makan di situ.
Pengunjung yang datang bersama-sama keluarga, Mohd Mamat, 40, berkata dengan adanya papan tanda amaran tersebut, beliau tidak lagi berdepan dengan karenah anak-anak yang seringkali merengek ingin mandi-mandi di pantai.
“Sekarang mereka sudah faham dengan sendiri bila terpampang tanda amaran tersebut semenjak sebulan yang lalu,’ katanya yang tidak pernah membenarkan anaknya mandi mandi di pantai tersebut setelah kerapkali berlaku kejadian lemas di situ.
Beliau yang tinggal di Sura Hujung berkata, salah satu sebab utama pantai teluk lipat merbahaya kepada aktiviti mandi-mandi ialah disebabkan bentuk pesisir pantai yang semakin curam berbanding suatu ketika dahulu yang landai dan tidak merbahaya.
Penduduk, Kamaruzzaman Omar, 60, yang tinggal 100 meter dari pantai tersebut, Dahlan Noor Mohd, 45, berkata, penduduk bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka yang seringkali mencuri peluang tanpa pengetahuan ibu-bapa pergi mandi-manda di pantai tersebut namun dengan adanya tanda amaran tersebut anak-anak tidak lagi berani berbuat sedemikian.
Ismail Ahmad, 40, seorang peniaga kedai makan pula berkata sebelum ini orang ramai beras salah untuk menegur pengunjung pantai supaya tidak mandi-manda di beberapa kawasan di pantai tersebut kerana merbahaya dengan adanya tanda amaran tersebut orang ramai lebih berani untuk menegur pengunjung supaya tidak mandi mandi di situ.
“Sebelum ini saya pernah menegur sekumpulan remaja yang mandi-mandi di kawasan tersebut, tindakan saya tersebut mengundang marah mereka.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah Dungun, Penolong Penguasa Bomba Suki Annuar yang ditemui berkata, orang ramai seharusnya mematuhi arahan yang dikeluarkan bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini dan sebagaimana yang diketahui ramai kawasan tersebut tidak lagi selamat untuk aktiviti mandi-mandi.
“Papan tanda tersebut member panduan kepada pengunjung-pengunjung pantai tersebut terutamanya kepada pengunjung luar yang kebanyakannya terdiri daripada penuntut UiTM kampus Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan sebagainya.
“Pada bulan Disember 2009 sahaja terdapat 5 kejadian lemas dilaporkan berlaku di pantai tersebut,” katanya yang berharap orang ramai mengutamakan keselamatan diri dengan mematuhi larangan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan tersebut,” katanya. END
Tiada ulasan:
Catat Ulasan