search berita di sini

Kompleks Pelancongan Medan Ikan Bakar Kuala Dungun



Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

Dungun: Dalam usaha menghidupkan kembali pekan Kuala Dungun yang suatu ketika dahulu menjadi nadi kepada aktiviti perniagaan dan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada penduduk tempatan disamping membantu usaha menarik lebih ramai pelancong ke daerah Dungun, pihak Majlis Perbandaran Dungun (MPD) membangunkan sebuah kompleks Medan Ikan Bakar di pekan Kuala Dungun.

Kompleks yang terletak di lokasi strategic di hujung Tanjung Kuala Dungun iaitu pertemuan antara Sungai Dungun dengan Laut China Selatan mempunyai 4 unit gerai makan, sebuah menara, wakaf dan berlanskap kejur dan lembut itu menelan kos RM 1,340,687 untuk dibangunkan sudahgsiap sepenuhnya dan hanya menunggu persiapan terakhir untuk menyambut kedatangan pengunjung dalam waktu terdekat.

Seorang peniaga kedai makan Kuala Dungun, Mohd Dahlan Mohammad, 45, berkata, dengan pekan kuala dungun mempunyai daya tarikan sendiri kerana ianya sebuah perkampungan nelayan asli, mempunyai pemandangan muka kuala yang cantik dan sebagainya yang amat sesuai dijadikan sebuah destinasi pelancongan terutama kepada pelancong luar yang ingin mengenali kehidupan nelayan secara lebih dekat dan menikamati panorama pantai.

“Sebelum ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil pendekatan proaktifuntuk menghidupkan pekan Kuala Dungun iaitu membuat perpindahan Stesyen Bas Ekspress, membuat penambah baikan pasar Kuala Dungun, pembinaan taman dan sebagainya

“Saya percaya usaha PBT untuk menghidupkan pekan Kuala Dungun sebagai salah satu tempat tarikan pelancong akan berjaya dengan beroperasinya Kompleks Medan Ikan Bakar Kuala Dungun tidak lama lagi.

Kakitangan awam, Mohd Affendi Sutkeri, 45, berkata, projek serampang dua mata yang bertujuan untuk membuka peluang perniagaan dan menjadikan pekan Kuala Dungun sebagai tempoat kunjungan orang ramai akan memberi manfaat yang banyak kepada pelbagai pihak terutama peniaga dan orang awam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun YDP MPD, berkata, pembinaan projek itu menjadi pelengkap kepada kemudahan pelancongan di daerah ini danh dijangka menjadi pusat makanan hasil laut utama daerah bersesuaian dengan lokasinya yang berham[pioran dengan Jeti LKIM Dungun dan terletak dalam jajaran pembangunan Pelancongan Teluk Lipat.

Beliau berkata, projek yang dapat menampung permintaan daripada poengunjung yang menginap di9 hotel dan chalet berdekatan dan dalam masa yang sama dapat memberi nilai tambah kepada program pelancongan daerah yang lain seperti GP Joran dan Program Mnecandat Sotong yang diadakan setiap tahun.

“Reka bentuk bangunan dan landskap yang menerapkan rekabentuk rumah treadisional Terengganu menyerlahkan lagi identity kawasan ini sebagai sebuah perkampungan nelayan.

“Pengunjung akan dapat menikmati pemandangan pantai yang menarik lebih-lebih lagi ketika bot-bot nelayan turun ke laut pada waktu pagi dan ketika waktu kepulangan nelayan pada waktu senja.

Menurutnya lagi, projek ini merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Kuala Dungun sebagaimana yang telahg dicadangkan di dalam Pelan Rancangan Temnpatan Daerah Dungun dan Pelan Induk Landskap Daerah Dungun. Bagi fasa berikutnya, perancangan turut dibuat merangkumi cadangan pembinaan Dungun WQater Front, Cadangan “Cluster” Pembangunan Kuala Dungun, Cadangan Pemuliharaan Fasa Bangunan Warisan dan Cadangan Pembangunan LAndskap Dataran TAnjung.

“Pembangunan-pembangunan ini antaranya bertujuan utnuk menghidupakan aktiviti perniagaan Kuala Dungun yang semakin suram seterusnya dapat meningkatkan sosio-ekonomi penduduk tempatan,” katanya dalam sebuah wawancara eksklusif bersama wartawan Edisi Timur semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan