Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Dungun: Kearah memupuk semangat keusahawan dikalangan penuntut, Uitm Cawangan Dungun menganjurkan program Gerak usahawan Siswa 2010 yang diisi dengan pelbagai acara termasuklah program ceramah keusahawanan, pembentangan kertas kerja dan pertandingan catur bestari.
Program keusahawanan 2 hari yang bertempat di Dewan Aspirasi Uitm Cawangan Dungun dengan tema Keusahawanan Kerjaya PIlihan menampilkan 5 pembentang kertas kerja yang terdiri daripada usahawan Berjaya tanah air diantaranya Pengurus Besar KFC Marketing Sdn Bhd, Ketua eksekutif Johor Corporation, Pengurus besar KFC Holding (M) Berhad, Pengrus besar Young Entepreneur Sdn Bhd, Pengrus agensi Takful Sdn Bhd, Pengurus Indahku Production Sdn BHd dan wakil Hasnan & Co. Chartered Accountants.
Peserta, Munirah Abdul Hamid, 22, berkata beliau tertarik dengan peluang yang ditawarkan oleh KFC Holding (M) Berhad kepada para pelajar IPT untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan makanan di dalam kampus.
“Saya amat tertarik dengan pembentengan kertas kerja oleh pengurus besar KFC Holding (M) Berhad iaitu Profesor Madya Dr. Hashim Kamil yang bertajuk “Peluang Menjadi Usahawan Yang Berjaya Melalui Program Siswa Bistari
Melalui program Siswa Bistari ini, para pelajar yang berminat menjalankan perniagaan akan mendapat bimbangan daripada KFC Holding (M) Berhad bagaimana menguruskan perniagaan yang diusahakan pelajar dalam kampus dengan beberapa syarat yang ditetapkan.
“Program seperti ini amat berguna kepada para pelajar untuk mendapatkan pengalaman sebenar mengendalikan sebuah perniagaan walaupun masih bergelar mahasiswa.
Mohd Salam Nordin, 22, pelajar jurusan perakaunan pula berkata, Program Gerak Usahawan Siswa yang dianjurkan amat memberi kesan kepada beliau untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawan selepas menamatkan pengajian nanti.
Beliau amat tertarik dengan pembentangan kertas kerja oleh Ketua Eksekutif Johor Corporation yang bertajuk Jihad Bisnes Pemangkin Ekonomi Ummah di hari pertama program.
“Sebagai seorang muslim kita mempunyai tanggungjawab untuk berjihad termasuklah di dalam bidang ekonomi yang menjadi pemangkin kepada kekuatan sesebuah masyarakat.
“Islam sendiri menggalakkan penganutnya mencari rezeki melalui perniagaan kerana melalui perniagaan yang berlandaskan syariat ianya memberi manfaat kepada seluruh masyarakat itu sendiri.
Pada hari kedua program seramai 210 pelajar dan 6 buah kumpulan mempamerkan kemahiran masing-masing menguruskan perniagaan melalui pertandingan catur bistari.
Jurucakap Bistari Young Entrepreneur Sdn. Bhd anak syarikat Johor Corporation, Norlinda Ibrahim, 27, berkata, pelajar yang mempunyai nilai asset yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang.
Pertandingan berkumpulan dimenangi oleh Kumpulan Ijazah Pengurusan Operasi manakala pemenang kategori individu dimenangi oleh pelajar Diploma Perakaunan, Mohd Zakwan Abdul Latiff yang akan mewakili Uitm ke peringkat akhir yang akan berlangsung Oktober nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan