search berita di sini

Anggota tiga balai bomba dan penyelamat Dungun disuntik vaksin H1N1





Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

Dungun:   Menyedari gelombang ke dua H1N1 yang mula merebak dan semakin serius pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dari 3 balai bomba di daerah Dungun membuat persiapan rapi dengan mengambil suntikan vaksin influenza A, H1N1 daripada Kementerian Kesihatan.
                Abdul Azizi awang, 35,  berkata, beliau yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi dalam menyempurnakan tugas berasa lebih yakin dan selamat setelah mendapat suntikan vaksin H1N1.
                “Anggota bomba dan penyelamat tidak dapat tidak mengelak daripada berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka berurusan dengan orang awam yang pelbagai latar belakang semasa menjalankan tugas namun dengan keprihatinan pihak jabatan dengan memperkemaskan ciri-ciri keselamatan diri anggota, risiko terdedah kepada penularan sesuatu wabak dapat dihindarkan.
                Abdullah Ahmad, 35, berkata belia berasa beruntung mendapat suntikan vaksin yang diberikan secara percuma berbanding dengan terpaksa berhabis duit mendapat suntikan di hospital swasta.
                “Keprihatinan kerajaan melaksanakan langkah pencegahan H1N1 ini wajar direbut setiap anggota memandangkan kos yang mahal diberikan bagi setiap suntikan.
                Ketua balai bomba dan penyelamat Dungun, Suki Annuar, berkata seramai 85 anggota bomba dan penyelamat dari tiga balai di daerah dungun iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Balai Bomba dan Penyelamat Al Mukhtafi Billah Syah (AMBS) dan Balai Bomba dan Penyelamat Paka emndapat suntikan vaksin H1N1 di Klinik Kesihatan Dungun yang diadakan selama 3 hari berakhir 30.March.2010.
                “Faktor keselamatan memang dipandang serius oleh pihak Jabatan bagi memastikan anggota dapat meaksanakan tugas tanpa perasaan bimbang lebih-lebih lagi dengan penularan wabak H1N1 yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.
“Selain daripada memberi suntikan secara percuma kepada kakitangan anggota dan penyelamat, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Dungun juga mengadakan taklimat mengenai H1N1 serta keperluan meningkatkan langkah pencegahan mengelak jangkitan penyakit itu kepada pegawai jabatan bomba dan penyelamat balai untuk disampaikan semula kepada anggota yang lain.
“Anggota bomba dan penyelamat memang sentiasa mengamalkan langkah pencegahan, termasuk memakai penutup muka dan sarung tangan ketika berurusan dengan orang ramai.
Beliau berkata, setakat ini belum ada kes penularan wabak H1N1 dilaporkan dikalangan anggota bomba dan penyelamat daerah dungun yang mempunyai tiga balai.
Mengulas mengani statistik kes kebakaran suku pertama tahun ini yang dilapor di Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Annuar berkata, pada suku pertama tahun ini bilangan kes kebakaran amat tinggi berbanding suku pertama tahun lepas.
“Pada suku pertama tahun ini (bulan January, February dan March ) sebanyak 28 kes kebakaran dilaporkan berbanding tahun 2009 yang hanya mencatat 9 kes sahaja.
Beliau tidak menolak pertambahan kes yang tinggi ini disebabkan oleh musim kemarau yang melampau namun sikap tidak berhati-hati orang ramai terutamanya dengan melakukan pembakaran secara terbuka juga menjadi penyebab kes kebakaran pada suku pertama tahun ini meningkat.
*kes terbabit melibatkan balai bomba dan penyelamat Dungun sahaja tidak termasuk balai bomnba dan penyelamat Paka dan AMBS. END


Tiada ulasan:

Catat Ulasan