search berita di sini

Pelajar Sekolah Kebangsaan Batu 48 menggadai nyawa.

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

Dungun: Ibu bapa dan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 48 meminta pihak berkuasa tempatan membina bumper dan garisan lintang (zebra cros) di hadapan sekolah berkenaan bagi mengelak kemalangan terus berulang dan membahayakan keselamatan pelajar sekolah.
Tinjauan Edisi Timur di jalan tersebut mendapati disebababkan tiada garisan lintang (zebra cross) dan bumper, sesetengah kenderaan dipandu laju pemandu walaupun menyedari dengan bersikap sedemikian ianya membahayakan keselamatan pelajar sekolah.
Terdapat seorang pengawal keselamatan ditugaskan mengawasi lalulintas namun keadaan jalan yang sibuk dan sesetengah pemandu motorsikal yang menadu laju dengan tidak mengendahkan arahan pengawal keselamatan mkembahayakan keselamatan pelajar.
Bapa pelajar, Halim Husin, 48, berkata, sebelum ini sudah beberapa kali pelajar sekolah terlibat dalam kemalangan semasa keluar dan masuk ke pintu pagar sekolah berkenaan dan mendapatkan kenderaan ibnu bapa dan van sekolah yang menunggun, namun sehingga sekarang tiada langkah diambil pihak berkuasa tempatan.
“Setiap kali mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru diadakan, kami menyuarakan perkara ini namun ianya bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja malah kami diberitahu pihak berkuasa tempatan tidak dapat membina cirri-ciri keselamatan sebagaimana yang dituntut ibu bapa disebabkan status jalan.
“Kami hairan bagaimana jalan ini tidak mempunyai kelulusan untuk dibina bumper dan zebra cross sedangkan jalan ini sentiasa sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan dan berada di kawasan Bandar Dungun.
Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan perlu memandang serius permaslahan ini memandangkan sudah berlaku banyak kemalangan dan perkara ini sudah beberapa kali diajukan kepada pihak berkuasa tempatan.
Badrul Hasyim Mohamed, 44, berkata laluan ini sibuk disebabkan ianya menjadi laluan singkat kepada orang ramai untuk ke paka, Hospital Dungun dan pusat komersial tanpa perlu melalui beberapa persimpangan berlampu isyarat.
Selain daripada kesibukan kenderaan yang lalu lalang, keadaan jalan yang sempit memaksa ibu bapa dan pengusaha van sekolah meletak kenderaan di kedua belah bahu jalan menambahkan lagi kesesakan yang membahayakan keselamatan pelajar.
“Laluan ini sudah tiada ruang untuk diperbesarkan namun dengan adanya cross zebra dan bumper, pengguna kenderaan akan memperlahankan kenderaan mereka dan saya percaya keselamatan pelajar lebih terjamin.
Rosli Ramli, 38, berkata, pihak berkuasa tempatan perlu menutup laluan ini dengan meletak kon dan penghadang di waktu puncak, ini kerana masih terdapat jalan alternatif lain kepada pengguna jalan raya untuk ke pusat komersial dan Hospital Dungun.
“Saya percaya keselamatan pelajar sekolah dua sesi ini akan lebih terjamin melalui kaedah ini,” katanya.END
Caption:
Semua gambar: Pengawal keselamatan mengawasi pelajar sekolah Kebangsaan Batu 48 melintas jalan mendapatkan ibu bapa dan van sekolah yang menunggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan