RM 9.5 juta diperuntukkan bagi pembinaan longkang bagi menyelesai masalah banjir di Paka
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
PAKA: Sebanyak RM 9.5 juta peruntukan diluluskan kerajaan negeri bagi pembinaan longkang jejari dan longkang utama bagi mengatasi masalah banjir di Paka dan sekaligus menyelesai masalah air bertakung di dalam longkang kawasan perumahan di sekitar Paka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah, berkata, longkang utama akan dibina sepanjang 2300 meter di jalan Utama Mukim Kuala Paka manakala longkang jejari pula akan dibina di Kampung Chacar sepanjang 490 meter, 1500 meter di Kampung Darat Chacar Paka, 980 meter di Kampung Kolam dan 940 meter di Jalan Utama Bandar Pekan Paka.
“Kita percaya dengan siapnya pembinaan 5 longkang ini masalah banjir di Paka akan dapat diatasi sepenuhnya.
Beliau berkata, bagi melancarkan lagi aliran air ke Sungai Paka kerajaan negeri juga menyalurkan perbelanjaan sebanyak RM 500, 000 kepada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) untuk menjalankan kerja pembersihan kolam takungan semulajadi yang dipenuhi semak samun.
Mengulas mengenai laporan Edisi Timur baru-baru ini yang mendedahkan penduduk di Taman Paka Indah dan beberapa taman perumahan di Paka yang terpaksa hidup dalam persekitaran kurang sihat dan menghidu bau busuk akibat sistem saliran tersumbat berikutan tiada saliran air longkang keluar dari taman perumahan dibina.
Beliau berkata, sebelum ini air longkang tidak dapat dialirkan keluar disebabkan tiada longkang utama dibina ke sungai Paka namun dengan terbinanya longkang utama sepanjang 2300 meter di tepi Jalan Utama Mukim Paka masalah ini akan selesai.
Jelasnya, longkang perumahan dan longkang jejari akan disambung dengan longkang jejari dan longkang utama yang akan dibina nanti.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Zainal Abidin Hussain, berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menghadapi masalah untuk membina saliran bagi mengalirkan air dari Taman Paka Indah ke ke longkang jejari yang akan dibina (sebagaimana yang disebut adun Paka) disebabkan tiada tanah rezab.
Bagi menyelesai maslah itu, PBT telah membuat permohonan pengambilan tanah pada pada tahun lepas dan pada awal tahun ini Exco Perumahan dan Tanah telas meluluskan permohonan itu.
“Kerja-kerja pembinaan longkang dari longkang Taman Paka Indah ke longkang jejari yang bakal dibina akan dimulakan setelah proses pengambilan tanah selesai tidak lama lagi,” katanya.
Pada 26 Mei lalu, Edsisi Timur menyiarkan rintihan penduduk di Taman Paka Indah yang terpaksa hidup dalam persekitaran kurang sihat dan menghidu bau busuk kerana longkang berhampiran rumah penduduk yang dibina pemaju di sekeliling perumahan itu tidak dapat mengalir keluar menyebabkan longkang dipenuhi air berbau busuk dan berkeladak, malah lebih menyedihkan sehingga melimpah ke atas jalan.
Penduduk tiada pilihan untuk mengelak daripada menghidu bau busuk air longkang. Apa yang boleh dilakukan, hanya menutup tingkap dan pintu sepanjang masa.
Penduduk, Manan OSman, 44, berkata, beliau difahamkam pihak PBT telah menyelesai masalah ketiadaan tanah rezab kerajaan bagi pembinan longkang bagi mengalirkan air dari taman perumahan ini ke longkang Jejari dan seterusnya ke longkang utama yang juga akan dibina.
“Tiada apa yang mampu diucapkan kepada pihak yang berkaitan setelah lebih 10 tahun hidup dalam persekitaran kurang selesa dan menghidu bau busuk setiap hari,” katanya yang berharap pembinaan longkang dipercepkan memandangkan musim monsoon yang kian hampir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan