Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
DUNGUN: Menghargai jasa yang tidak ternilai dalam memperjuangkan kemerdekaan dan jasa kepada masyarakat amnya seramai 4 ahli veteran UMNO dianugerahkan anugerah “Jasa mu dikenang” oleh UMNO Bahagian Dungun yang disampaikan oleh Naib Presiden UMNO Malaysia , Datok Seri Mohd Shafie Apdal
Pengkisahan tokoh kemerdekaan itu membakar semangat lebih 1000 para perwakilan UMNO Bahagian Dungun yang hadir di majlis yang berlangsung di Dewan Sekolah Teknik Dungun baru-baru ini.
Penerima anugerah, Ismail Muda, 81, yang menabur bakti dengan menganggotai pasukan Jungle Skuad seawal usia 20 (1950) tahun dengan ditugaskan di hutan Santong Paka dalam misi menumpaskan ancaman komunis sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Beliau yang menamatkan perkhidamatan dalam ketenteraan selepas negara mencapai kemerdekaan dengan bekerja sebagai pelombong dengan Syarikat Eastern Mining and Metal Company & co. sebelum ini pernah menerima penghargaan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDNK).
Bedah Ahmad Khan, 86, mempunyai pengalaman tragis di usia 18 tahun sewaktu pendudukan Jepun di Kelantan (1942) apabila bapa beliau Ahmad Khan ditangkap dan diseksa tentera Jepun.
Pengalaman trgis itu membuatkan beliau mempunyai semangat waja bersama-sama berjuang menuntut kemerdekaan termasuklah menjadi tonggak penting dalam berkempen meyakini masyarakat untuk kemenangan Parti Perikatan di dalam pilihanraya pertama negara.
Namun begitu beliau terkilan kerana impiannya pada ketika itu untuk bersama-sama Tun Ku Abdul Rahman di Padang Merdeka melaungkan kemerdekaan tidak kesampaian apabila kereta rombongan dari Kelantan ke Padang Merdeka rosak di tengah jalan.
Pada 1959 beliau bersama suaminya berpindah ke Bukit Besi Dungun dan bekerja sebagai pelombang di syarikat lombong Amco Limited namun begitu, darah perjuangan yang mengalir dalam tubuhnya menjadikan tetap aktif berjuang dengan menjadi AJK UMNO Cawangan Bukit Besi dan memegang pengerusi tetap pergerakan Wanita UMNO selama satu penggal.
“Pengalaman semasa berkempen di Jalan Ustaz Omar Dungun tidak dapat saya lupakan apabila dikejar dengan parang oleh penyokong fanatic pembangkang,” kata beliau pernah diundang menceritakan pengkisahan perjuangannya dalam satu Lawatan Kembara Merdeka anjuran Jabatan Penerangan Dungun.
Beliau yang kini menghadapai masalah kabur penglihatan dan menetap di BAtu 7 Paka menangis teresak-esak kerana tidak menyangka pengorbanannya yang dirasakan tidak sebebarapa itu mendapat perhatian dan dihargai.
Turut menerima anugerah ialah seorang pendidik, Abdullah @ Alias Jusoh Osman,77, yang berjuang meniup semangat membentuk kerajaan sendiri yang seangkatan dengan pejuang tersohor negeri Terengganu iaitu Ibrahim Fikri, Ismail dan Saat Din di zaman menuntut kemerdekaan era tahun 50 an.
Diantara pengalaman manis beliau semasa berjuang ialah sewaktu menyertai pasukan ketenteraan bagi menghadapi Konfrontasi di Indonesia yang berakhir pada tahun 1965.
Beliau yang bukan sahaja menjalankan tugas sebagai pendidik di zamannya tetapi dibahunya juga tergalas senjata sebagai perwira bangsa turut menadpat anugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
Turut menerima anugerah, Hasmah Ngah dari Dun Bukit Besi yang merupakan seorang veteran UMNO Bahagian Dungun.
Sebanyak 1350 borang keahlian baru UMNO diserahkan oleh Pengerusi Keahlian dan Daftar UMNO Bahagian Dungun, Alias Mamat kepada Timbalan UMNO Malaysia, Datok Seri Shafie Apdal juga RM 6500 cek bantuan mangsa perang di GAZA disumbang UMNO Bahagian Dungun.
Caption: 0667:0674:0675:0676: penerima anugerah "Jasamu Di Kenang", Ismail Muda menerima cenderamarta daripada Datok Shafie Mohd Apdal
0734: RM 6500 bantuan mangsa perang di GAZA disumbangkan UMNO Bahagian Dungun
0727: sebanyak 1350 borang keahlian baru UMNO diserahkan Pengerusi Keahlian dan Daftar UMNO Bahagian Dungun, Alias Mamat kepada Datok Shafie Mohd Apdal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan