search berita di sini

Kebakaran dipercayai berpunca dari kegiatan mencari kayu bakau

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN: Tidak sampai dua bulan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Tahap 1 operasi memadam kebakaran hutan paya gambut di Tapak Perindustrian Batu 7 dibubarkan hingga menelan belanja puluhan ribu ringgit kini kebakaran berlulang lagi di hutan paya bakau itu.



Beberapa buah kampung kini mula dilanda jerebu semenjak tiga hari lalu hingga mengancam kesihatan disebabkan kualiti udara terjejas.

Dengan penemuan unggun kayu serta kotak rokok di kawasan hutan paya bakau yang sebahagiannya sudah lapang ditebang pencari kayu bakau, kebakaran dipercayai berpunca daripada kegiatan pencari kayu bakau di kawasan itu sendiri.

Tinjauan Edisi Timur semalam mendapati terdapat beberapa longgokan kayu bakau yang siap ditebang di tepi jalan di kawasan hutan paya bakau dipercayai tidak sempat diangkut setelah kebakaran berlaku.

Kawasan hutan paya bakau yang lapang setelah kayu bakau besar ditebang menjadi kering ditambah dengan angin kencang menyebabkan api merebak dengan pantas.

Kualiti udara di beberapa buah kampung sekitar iaitu Kampung Batu 7, Batu 5, Kampung Paya, Gong Pasir dan Perumahan Taman Rakyat dikhuatiri tercemar dengan maslah berjerebu di awal pagi dan malam semenjak Jumaat lalu.

Ketua Balai Bomba Dungun, Penolong Penguasa Bomba Suki Annuar, berkata, pihak bomba memulakan operasi pemadaman pada tengah hari Jumaat (8.7.2010) setelah menerima panggilan daripada orang awam.

“Kebakaran tanah paya gambur memakan masa untuk dipadamkan tidak sebagaimana kebakaran hutan biasa kerana tanah yang terbakar mencecah sedalam 2 kaki.

“Walaupun kita mempunyai sumber air yang mencukupi dari saliran Jabatan Parit dan Saliran namun kebakaran tanah sedalam kira-kira 2 kaki ini memakan masa untuk dipadam kerana perlu dibasahkan dengan air sepenuhnya.

“Operasi dijalankan bermula jam 8 pagi dan berakhir 6 petang dengan kekuatan 7 anggota bomba, 10 anggota JPAM, 1 jentera dan 2 pam mudah alih untuk mengepam air dari parit JPS ke kawasan kebakaran.

“Kita akan menambah kekuatan anggota operasi dengan bantuan daripada anggota bomba dari beberapa balai berdekatan.

“Kawasan kebakaran ini tidak mempunyai ancaman kerugian selain maslah cerebu kerana jarak kawasan kebakaran jauh daripada kawasan penduduk juga ladang.

Berdasarkan siasatan awal kita tidak menolak kemungkinan punca kebakaran berpunca daripada aktiviti pencari kayu bakau di kawasan ini yang menyalakan menyalakan unggun api dan merokok semasa mencari dan memotong kayu di kawasan hutan ini.
"Kebakaran sukar berlaku di kawasan hutan ini selain daripada kegiatan manusia sendiri contohnya merokok.

“Tanah gambut yang kering mudah terbakar jikalau unggun api, punting rokok yang ditinggalkan tidak dipadam sepenuhnya,” katanya.

Suki berkata, kebakaran kali ini tidak seteruk kebakaran pada Mei lalu hingga Majlis Keselamatan Negara (MKN) Tahap 1 terpaksa ditubuhkan kerana kawasan hutan yang terbakar terhalang daripada merebak ke kawasan yang lain oleh saliran JPS dan juga tambakan tanah projek projek perumahan di Balai Besar dan projek perumahan Batu 7 (fire break).

“Seningga kini Kebakaran telah memusnahkan 1 hektar kawasan paya gambut sekurang-kurang 2 hekatar tanah gambut yang berisiko akan terbakar.

"Dengan kelengkapan dan sumber air yang baik kita menjangkakan kebakaran ini dapat dipadam sepenuhnya dalam masa satu minggu,”kata beliau.END

cAPTION:

0387: unggun api yang ditinggalkan tanpa dipadam sepenuhnya.

0396: kawasan tanah paya gambut terbakar sedalam 2 kaki memakan masa untuk dipadam sepenuhnya

0410: 0419: 0420:pokok paya bakau yang ditebang pencari kayu bakau

0422: kayu bakau yang tidak sempat diangkut oleh pencari kayu bakau apabuila kebakaran berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan