search berita di sini

Mohd Zawawi Mat Ail menulis (draf tanpa diedit...maklum)


PAKA:   Jabatan Parit dan Saliran (JPS) membina sebuah jambatan bernilai RM 130, 000 di sebatang jalan yang roboh November lalu dan menjadi laluan utama roboh lebih 1000 penduduk kampung Telaga Mas untuk ke bandar Paka memberi penyelesaian kepada kerisauan penduduk kampung itu.
Sebelum  ini Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Dungun mengambil penyelesaian sementara dengan menimbus jalan yang roboh itu bagi mengelak kejadian penunggang motorsikal terjatuh berulang.
                Kerja-kerja pembinaan jambatan giat dijalankan bermula pertengahan Jun lalu oleh kontraktor dilantik Jabatan Parit dan Saliran (JPS) bagi menggantikan pembentong yang sudah lagi tidak sesuai untuk menampung tekanan air  yang deras di musim tengkujuh.
Edisi Timur pada Februarylalu menyiarkan rintihan penduduk kampung Telaga Mas yang terpaksa menggadai nyawa menyeberang jalan melalui jambatan kayu selebar satu meter setelah jalan itu roboh.
Bertindak segera dengan pendedahan akhbar ini, pada tengah hari berita itu disiarkan PTD mengambil tindakan segera dengan menimbus jalan yang roboh itu.
Langkah PTD menimbus jalan pada  bulan Februari lalu dengan tanah hanyalah untuk penyelesaian sementara waktu bagi mengelakkan kejadian motosikal terjatuh ke dalam parit berulang.
                Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telaga Mas, Ali Mohamad, berkata, kebimbangan penduduk kampung berakhir dengan bermulanya kerja-kerja pembinaan jambatan oleh kontraktor dilatik JPS pada pertengahan Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya akhir Julai ini.
                “Saya amat berterima kasih kepada Edisi Timur yang menyiarkan beberapa kali rintihan penduduk Kampung Telaga Mas sehinggalah sebuah jambatan dibina bagi menyelesai masalah yang kami hadapi.
                “Impian penduduk kampung untuk memiliki sebuah jambatan tercapai juga akhirnya.
                “Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada PTD yang sebelum ini mengambil tindakan sementara dengan menimbus parit bagi membolehkan penduduk kampung dengan selamat,” kata beliau yang sebelum ini melahirkan kebimbangan kerana kawasan yang ditimbus itu mengalami mendapan dan berlopak dan meminta JPS menyegerakan pembinaan jambatan bagi menyelesai maslah dihadapi penduduk.
                Edisi Timur sebelum ini menyiarkan penduduk di Telaga Mas menggadai nyawa setiap hari ketika melalui jambatan kayu yang dibina penduduk bagi menghubungkan kampung itu dan bandar Paka.
                Jambatan selebar satu meter menggunakan kayu itu turut digunakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) PAka sebagai laluan utama ke sekolah dan sejak pembentung itu roboh November tahun lepas, dua penunggang motosikal terjatuh ketika melalui jambatan sementara itu.
                Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah, berkata, pembetong di jalan yang roboh itu sudah sewajarnya ditukar dengan jambatan kerana ianya menjadi laluan air di musim tengkujuh dari kawasan-kawasan perumahan ke Sungai Paka.
                “Pertambahan kawasan-kawasan perumahan menyebabkan kuantiti air yang mengalir ke Sungai Paka semakin bertambah dan menjadi deras di musim tengkujuh berbanding sebelum ini menyebabkan pembetong di jalan itu pecah pada akhir tahun lalu.
                “Kita percaya, jambatan yang dibina dapat mengalirkan air dengan sempurna dan sekaligus mengelak kejadian jalan roboh berulang lagi di Kampung Telaga Mas,” kata beliau yang turut menggesa JPS menyegerakan pembinaan jambatan bagi menggantikan pembetong yang berisiko pecah bagi menghadapi musim tengkujuh yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.END.
caption:
0837: Adun Paka, Mohd Ariffin Abdullah
0759: Jambatan dibina JPS menggantikan pembetong yang pecah disebabkan tidak dapat menahan tekanan arus yang deras di musim tengkujuh (sekarang)
496: Ali Mohamad
307: gambar sebelum ditimbus tanah (disiarkan berita  sebelum ini)
900: jalan roboh yang ditimbus dengan tanah (disiarkan berita pada 22 february sebelum ini)
898: Ali menunjukkan jalan roboh yang ditimbus dengan tanah (gambar disiarkan berita pada 22. february)

 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan