Taman rekreasi Perumahan Taman Rakyat perlu kemudahan dan penyelenggaraan
Mohd Zawawi Mat Ail emnulis..(draft tanpa diedit...maklum)
DUNGUN: Penduduk Perumahan Taman Rakyat meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan kemudahan di kawasan riadah yang menempatkan gelanggang sepak takraw, padang bola jaring, dan membuat penyelenggaraan alatan di taman permainan kanak-kanak yang sebahagiannya merbahaya kepada keselamatan kanak-kanak untuk bermain di taman permainan itu.
Tinjauan Edisi Timur mendapati Sebahagian alatan permainan seperti buaian, gegelong gelongsor, jongkang jongket bukan sahaja rosak dan tidak boleh digunakan malah turut membahayakan keselamatan kanak-kanak yang bermain di taman permainan itu.
Keadaan besi penyangga gegelong gelongsor yang terpacak, gegelongnya yang patah seakan menunggu mangsa kerana alatan-alatan byang rosak itu masih digunakan kanak-kanak yang mengunjungi taman permainan itu di setiap petang.
Penduduk, Tengku Ibrahim Tengku Ismail, 42, berkata, pihak berkuasa tempatan perlu membuat penyelenggaraan dengan membaiki serta mengganti alatan permainan yang rosak memandangkan hanyalah inilah satu-satunya taman permainan yang boleh dimanfaatkan kanak-kanak di taman perumahan yang mempunyai jumlah lebih 700 buah keluarga itu.
“Oleh kerana tiada kawasan lapang lain di taman perumahan ini untuk kanak-kanak bermain saya terpaksa akur dengan kehendak anak-anak untuk bermain di taman permainan itu,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Perumahan Taman Rakyat, Badrul Hisyam Abu Bakar, 42, berkata, pada tahun lepas pihak beliau pernah membuat aduan kepada Majalis Perbandaran Dungun (MPD) supaya mengganti alatan permainan yang rosak namun sehingga sekarang tiada apa-apa tindakan susulan diambil.
“Kita juga pernah meminta MPD membina pagar di sekeliling kawasan rekreasi bagi mengelak motosikal dan basikal di bawa masuk ke dalam kawasan rekreasi yang turut menempatkan gelanggang sepak takraw, padang bola jaring serta padang futsal.
“Rumput di padang bola sepak dan bola jarang menjadi rosak dilanyak motorsikal dan basikal budak-budak yang sesuka hati membawa masuk kenderaan ke kawasan permainan.
“Dengan adanya pagar di sekeliling kawasan permainan kita dapat menghalang motorsikal dan basikal di bawa masuk ke dalam kawasan permainan bagi mengelak rumput padang permainan terus dirosaki.
“Diharap pihak berkuasa tempatan menyegerakan pembinaan pagar di sekeliling kawasan riadah dan membaiki kerosakan alatan permainan mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan