search berita di sini


Laluan gelap berdarah
Mohd Zawawi Mat Ail menulis..(tulisan belum diedit...maklum)

DUNGUN:        Jalan sepanjang 20 kilometer yang dinaik taraf Jabatan Kerja Raya  (JKR) dan siap sepenuhnya awal tahun lalu kini digelar laluan gelap berdarah setelah seringkali berlaku kemalangan kemalangan ngeri yang salah satunya berpunca daripada ketiadaan kemudahan lampu lebih-lebih lagi dengan ancaman lembu dan kerbau yang seringkali berlegar di atas jalan terutamanya di waktu malam.
Justeru itu, pengguna jalan raya khususnya penduduk di Kampung Serdang, Delong, Padang Pulut, dan Kumpal mendesak pihak berkaitan menyegerakan pemasangan lampu jalan di sepanjang itu yang menjadi sebahagian daripada laluan Bukit Besi-Dungun.
           Ketiadaan lampu jalan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motorsikal kerana jalan itu bertali arus dengan pelbagai kenderaan termasuk kenderaan berat pada sebelah malam.
Tinjauan juga mendapati lampu siap dipasang di kiri dan kanan jalan di persimpangan utama iaitu di Simpang Tiga Serdang namun lampu dipasang hanyalah sekadar hiasan kerana tidak menyala.
            Penduduk Kampung Serdang, Yahaya Wook, 54, berkata, jalan ini menjadi sibuk dengan pelbagai kenderaan kerana jalan ini adalah laluan utama kepada pemandu kenderaan dari arah Bukit Besi dan Kuala Berang untuk ke Bandar Dungun.
            “Laluan ini juga menjadi laluan lori sawit dan bahan binaan terutamanya pada waktu malam bagi mengelak kesibukan di laluan Terengganu-Kuantan.
            "Semenjak jalan ini dinaik taraf dan siap sepenuhnya awal tahun lalu sudah beberapa kali kemalangan negeri berlaku di laluan ini yang berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan dengan ketiadaan lampu jalan.
                "Saya hairan mengapa sehingga sekarang, lampu di sepanjang jalan yang dinaik taraf ini masih belum dipasang lampu sedangkan sudah hampir setahun laluan ini dibuka.
                Pekerja swasta, Osman Salleh, 45, berkata, biarpun menyedari risiko kemalangan tinggi dengan mengguna laluan gelap itu untuk ke tempat kerja di Felda Kerteh 2, beliau mengguna laluan itu kerana jarak perjalanan singkat berbanding mengguna laluan pantai Kuala Terengganu-Kuantan yang  jebih jauh dan sibuk.
          "Jalan ini yang mempunyai beberapa selekoh dan bercerun tinggi lebih 2 meter perlu dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang baik termasuk  penyediaan lampu jalan untuk memastikan keselamatan lebih terjamin" katanya yang tinggal di Kampung Che Lijah.


            Penduduk, Adib Selamat, 48, berkata, beliau sendiri pernah mengalami pengalaman mendebarkan apabila motorsikal yang ditunggangnya hampir-hampir dilanggar sebuah kenderaan yang hilang kawalan disebabkan terkejut kerana terserempak dengan sekumpulan lembu di tepi jalan hujung bulan lalu.
            Beliau yang mengalami luka ringan bernasib baik kerana terdapat penghadang jalan yang menyelamat motosikal beliau daripada terjatuh ke dalam gaung.
            “Sampai bilakah kami harus menggadai nyawa melalui jalan bergelap ini sedangkan ini adalah jalan utama kami untuk ke bandar Dungun dan Bukit Besi.
            “Tiada gunanya jalan dibina namun tiada kelengkapan lampu jalan kerana nyawa kami tetap terancam.
            “Kami merayu pihak berkaitan mempercepatkan pemasangan lampu jalan kerana kami tidak mahu lagi diancam nyawa setiap kali memandu di  jalan raya," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan