(disiar tanpa diedit...maklum) Pusat pelancongan pesisir Dungun (Dungun Waterfront)
41.9 juta dimohon MPD dalam RMKe-10
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
bhkt@bharian.com.my
DUNGUN: Pesisir Sungai Dungun menganjur dari Kuala Dungun dengan dirimbuni pohon nipah di kiri dan kanan sungai berlatar belakangkan perkampungan nelayan mengujakan sesiapa sahaja menyelusurinya.
Di tengah-tengah sungai yang menganjur dari muka kuala terbentang sebuah jambatan menghubungkan perkampungan nelayan Seberang Pintasan dan bandar Kuala Dungun.
Kemeriahan aktiviti nelayan Kuala Dungun tidak berhenti dengan berlabuhnya bot-bot nelayan di pangkalan sinar mentari senja dengan barisan lampu menerangi benteng dan jalan di pesisir Kuala Dungun menghidupkan suasana malam yang menggamit kedatangan pengunjung.
Pesisir Sungai dan benteng tepian jalan dan jambatan Kuala Dungun dibarisi pemancing mencuba perkampungan nelayan juga pengunjung menikmati bayu laut sambil menikmati makanan di kedai-kedai makan yang sedia memenuhi selera pelanggan.
Menyedari potensi kawasan itu, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) menyusun rancangan membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM 41.9 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) untuk memajukan kawasan itu sebagai pusat pelancongan pesisir air.
Yang Dipertua MPD, Zainal Abidin Husin, berkata, kawasan sepanjang 3.8 kilometer yang bermula dari Kompleks Lembaga Kemajuan Prikanan Malaysia (LKIM) Dungun hingga ke Kampung Tanjung Pagar akan di majukan di bawah peruntukan yang dipecahkan kepada Empat Zon.
“Sebanyak RM 8.7 juta dimohon untuk pembinaan Dungun Nature Park, di zon 2 sebanyak RM 9.8 juta dimohon untuk pembinaan Dungun Leisure Park, di zon 3sebanyak RM 10.7 juta dimohon untuk pembinaan Eco Cities Park manakala di Zon 4 sebanyak RM 12.7 juta untuk pembinaan Park Connector dengan jumlah keseluruhan sebanyak 41.9 juta.
“Perancangan pembangunan ini juga meliputi pembinaan element restorent terapung, pusat hasil laut dan pembuatan, dataran, gelanggang budaya, jeti, tempat letak kereta, tandas, surau, plaza, arca, fishing deck, pelantar, persiaran pejalan kaki dan juga perabung taman.
“Bagi memberi kelesaan kepada para pelancong kita melengkapkan kemudahan di jeti ke Pulau Tenggol dengan pembinaan tandas dan lain-lain kemudahan asas yang telah pun berjalan.
“Pada masa sekarang ini kerja-kerja pembersihan kawasan pesisir Sungai Dungun giat dijalankan bermula dari kawasan berhampiran Pusat Latihan Tesdec Kampung Nibong ke Jambatan Lama Dungun yang menjadi lubuk kaki pancing.
Kerja pembersihan ini juga meliputi sebuah kawasan bersejarah yang pernah menjadi penempatan tentera Jepun pada tahun 40-an yang berhadapan Depo MPD untuk dijadikan kawasan tarikan pelancong sekaligus menambah daya tarikan yang sedia ada.
Zainal Abidin Husin, berkata, MPD sebelum ini kita telahpun membina sebuah Medan Ikan Bakar Kual Dungun yang dipecahkan kepada Fasa Pertama dan ke dua.
“Medan Ikan Bakar Kuala Dungun telapun siap 98 peratus dan akan dibuka tidak lama lagi.
“Fasa ke dua Medan Ikan Bakar Kuala Dungun lebih menjurus kepada pembinaan landskap di sekitar kawasan tanjung itu menganjur 500 meter ke Pantai Teluk Lipat dengan meliputi penyediaan pondok rehat, taman permainan kanak-kanak.
Kita sedia maklum, Kuala Dungun sudahpun terkenal sebagai sebuah lokasi menarik hingga menjadi lokasi penganjuran festival besar seperi Pesta Mencandat Sotong yang diadakan pada setiap tahun.
Berbagai aktiviti pelancongan akan dikomersialkan seperti aktiviti menyusur Sungai Dungun hingga ke Hulu Dungun, sukan laut yang bakal menjana pendapatan penduduk sekitar yang secara tidak langsung memberi hasil lumayan kepada pengusaha industry hiliran hiliran pemprosesan hasil laut,” katanya yang ditemui dalam temuramah khas baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan