search berita di sini

Jambatan Pantai Kuala Abang uzur, merbahaya

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
terengganukuonline.blogspot.com

DUNGUN: Jambatan ke pantai Kuala Abang perlu diganti negan jambatan baru yang lebih selamat kerana jambatan yang sedia ada sudah tidak sesuai hingga membahayakan keselamatan pengunjung pantai dan nelayan untuk turun ke laut.

Jambatan yang dibina lebih 40 tahun lalu dengan tujuan pada ketika itu bagi menyenangkan nelayan membawa peralatan menangkap ikan turun ke laut turut menjadi laluan orang ramai setelah kawasan persekitaran sungai yang kaya dengan habitat paya bakau dan pantai mula dikenali ramai.







Hakisan di tebing jambatan pada musim tengkujuh lalu menyebabkan struktur jambatan retak serta membengkok hingga penghadang besi bina terlalu jarang, sebahagiannya telah tiada dikerat pencuri besi tercabut dan mengancam keselamatan orang ramai terutamanya kanak-kanak.



Tinjauan Edisi Timur mendapati beberapa orang kanak-kanak kelihatan bermain di atas jambatan tanpa kehadiran ibu bapa mengawasi mereka.



Aksi kanak-kanak bertenggek di atas jambatan sambil menjuntaikan kaki memegang besi penghadang yang terlalu jarang dan sebahagiannya bergoyang dibimbangi terjatuh ke dalam sungai yang dalam.



Nelayan, Kassim Dollah, 58, berkata, besi penghadang yang terlalu jarang dan sebahagiannya sudah patah dan hilang dipercayai kerana dicuri sewajarnya diganti bagi mengelak pengunjung terutamanya kanak-kanak terjatuh ke dalam sungai yang dalam itu.



Kawasan sekitar jambatan dan pantai ini dikunjungi ramai orang yang berhenti bersembahyang di Masjid Kuala Abang yang hanya 50 meter dari jambatan merentasi Sungai Kuala Abang ini.



“Saya seringkali melihat kanak-kanak bermain di atas jambatan dipercayai datang “curi-curi” semasa ibu bapa mereka menunaikan solat di Masjid Kuala Abang bersebelahan jambatan ini.



Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Abang, Mokhtar Mamat, 42, berkata, jambatan yang baru perlu dibina menggantikan jambatan yang sedia ada yang tidak selamat.



“Sebahagian pagar jambatan tercabut disebabkan permukaan jambatan melengkung setelah tebing jambatan runtuh semasa musim banjir lalu.



“Dengan keadaan struktur jambatan yang melengkong serta merekah dan arus sungai yang deras pada musim tengkujuh nanti, saya bimbang jambatan ini akan roboh dan menyulitkan orang ramai khusunya nelayan untuk turun ke pantai.



“Pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) sebelum ini bertindak menimbus bahagian tebing yang runtuh bagi membolehkan jambatan digunkan semula nelayan dan pengunjung untuk ke Pantai Kuala Abang.



“Dengan arus air sungai yang deras pada musim tengkujuh, saya bimbang jambatan ini akan roboh lagi dan menyukarkan orang ramai khususnya nelayan yang terpaksa melalui lebih 1 kilometer mengangkut peralatan menangkap ikan untuk turun ke laut.



Pengunjung ditemui, Tengku Ibrahim Tengku Yahaya, 44, berkata, beliau bersama keluarga selalu mengunjungi kawasan itu yang bukan sahaja mempunyai keindahan paya bakau malah kawasan pantai di sekitar lebih bersih dan jauh dari bunyi bising kenderaan yang lalu lalang.



“Kawasan yang dikunjungi ramai dan mempunyai tarikan tersendiri ini perlu dipelihara dengan menyediakan kemudahan termasuk menaiktaraf jambatan yang sudah tidak sesuai juga membaiki kerosakan kemudahan wakaf yang hilang bumbung hampir setahun lalu. END







Caption:



0652: wakaf tidak berbumbung perlu dibaiki



1100853: pagar besi patah merbahaya keselamatan pengunjung terutama kanak-kanak



1100870: pagar tercabut dan bbergoyang memberi risiko kanak-kanak terjatuh ke dalam sungai



Tiada ulasan:

Catat Ulasan