Pertandingan bola sepak Piala YDP MPD
Oleh
Mohd Zawawi Mat Ail
DUNGUN:
Menyemarakkan lagi budaya bersukan di kalangan masyarakat
disamping mengcungkil bakat-bakat baru di dalam arena sukan bola sepak,
Majlis
Perbandaran Dungun (MPD) menganjurkan
pertandingan bola sepak Piala YDP dengan pengelolaan Persatuan Bola
Sepak Daerah Dungun yang bakal menjadi acara tahunan bermula
tahun ini.
Penganjuran
“pilot projek” itu mendapat sambutan hangat pasukan bola sepak dari
empat Dun dalam parlimen Dungun iaitu 1 pasukan dari
Dun Bukit besi , 7 pasukan dari DUn Paka, 5 pasukan dari Rantau abang
dan 7 pasukan dari Dun Sura
sebanyak dengan jumlah keseluruhan sebanyak 20 pasukan
Pertandingan
yang diadakan secara secara kalah mati yang diadakan di padang Dataran
Dewan Merdeka (DDM) itu secara tidak
langsung menyemarakkan lagi penganjuran pelbagai aktiviti dan program di
padang
DDM yang selama ini suram dan digunakan sekali sekala untuk acara
rasmi sahaja.
Ianya
sekaligus membuktikan usaha MPD membangunkan semula DDM memberi manfaat
kepada masyarakat khususnya dengan menganjur
pelbagai program terutamanya pertandingan sukan.
Pengurus
pasukan bola sepak Kampung Durian Mentangau, Fauzi Malek, 31, berkata, sebelum ini pasukan bola sepak Durian
Mentangau yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja belum
pernah
menyertai pertandingan antara kampung namun teruja dengan pertandingan
kali
pertama yang dianjurkan MPD, beliau dan rakan-rakan sepakat mendaftarkan
pasukan dan menaruh harapan layak ke peringkat pusingan akhir.
Pemain
muda Paka, Zulkifli Talib, 25, berkata, dengan
adanya penganjuran sukan sebegini ianya dapat memberi peluang kepada
pemain-pemain baru menyerlahkan bakat masing-masing dalam permainan bola
sepak
juga menambahkan lagi aktiviti berfaedah bagi mengelak generasi muda
menghabiskan masa melakukan aktiviti tidak berfaedah.
Pemain
dari Bukit Besi Harun Ali, 22, berkata, pertandingan yang dianjurkan
selain
dapat mencungkil bakat baru ianya juga dapat meningkatkan lagi perpaduan
dalam
masyarakat dalam daerah Dungun.
“Hanya
dengan cara menyertai aktiviti sukan inilah dapat menghindarkan
anak-anak muda
dari melakukan aktiviti yang tidak sihat dalam memupuk semangat
berpasukan dan
bersaing secara positif,” katanya.
Pengerusi
Jawatankuasa Pertandingan, Salleh Samad, berkata, Johan pertandingan
akan
menerima hadiah sebanyak RM 2000, naib johan RM 1000 manakala tempat ketiga dan ketiga akan menerima RM 500
setiap pasukan.
Sementara
itu, Pegawai Daerah Dungun, Mustofa Abdul Rahman selaku Yang Dipertua
Persatuan
Bola Sepak Daerah Dungun, berkata beliau amat berbangga dengan sambutan
hangat
diberikan para peserta di dalam pertandingan sulong yang bakal menjadi
pertandingan tahunan.
Yang
Dipertua MPD, Zainal Abidin Husin, berkata, MPD sentiasa komited
menyediakan
frasarana dan menganjur program sukan dari semasa ke semasa bagi
mencapai
objektif menjadikan Dungun bukan sahaja terkenal kerana mempunyai
keindahan
semulajadi yang menarik malah juga sebagai sebuah bandar sukan yang
bakal
dikenali ramai.
"Kita juga akan membina system
saliran
di kawasan Dataran Merdeka
untuk
mengatasi masalah banjir di kawasan itu yang
selalu becak dan digenangi air terutamanya di musim tengkujuh.“Sebelum
ini
sudah membangunkan Litar lumba Kereta di kawasan rekreasi Pantai Teluk
Lipat
yang berjaya menarik kedatangan peserta pertandingan dari seluruh negeri
termasuk
dari Sabah dan Sarawak dalam pertandingan sulong yang Mei lalu.
“Bagi
mengcungkil
bakat baru khususnya di kalangan anak tempatan dalam sukan lumba
motosikal lasak atau “motorcross” sebuah litar yang dinamakan Litar
Tanjung
Tasik Sura dibina di Sura Tanjung dan dalam pertandingan sulong Jun lalu
lebih
1000 orang ramai membanjiri litar itu baru-baru ini.
Pelancaran
pertandingan
pertandingan bola sepak piala YDP itu dirasmikan oleh Ketua Pemuda
UMNO Dungun, Datok Dr. Rosli Mat Hasan dengan sepak mula dilakukan oleh
YDP
Majlis Perbandaran Dungun, Zainal Abidin Hasan baru-baru ini dengan
menyaksikan pasukan Kampung Durian Mentangau melawan pasukan Kampung
Santong sebagai perlawanan pembukaan .
Caption:
20206:20208: 20212:Ketua Umno Bhagian Dungun, Datok Dr. Rosli Mat HAsan
bersalaman dengan pemain sebelum perlawanan pembukanan antara pasukan
kampung Durian Mentangau dan kampung Santong.
20219:
YDP MPD, Zainal Abidin Husin membawa bola ke padang untuk acara sepak
mula
20221: Zainal Abidin Hasan membuat sepakan mula pertandingan
bola Piala YDp MPD
20259: Pemain PAsukan Durian Mentangau dan
Kampung Santong
beraksi dalam perlawanan pembukaan di padang DDM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan