Warga emas sihat, pesakit contoh dirai di karnival kesihatan klinik kesihatan Paka
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
PAKA: “Tidak makan makanan berlemak, kurang makan makanan dan minuman manis,” itulah antara rahsia warga emas Wan Ahmad Wan Yahya yang masih gagah mengayuh basikal dan tidak mengidap sebarang penyakit walaupun usia sudah menjangkau 84 tahun.
“Walaupun saya tidak mempunyai penyakit, saya sentiasa datang ke klinik kesihatan bagi mendapatkan khidmat nasihat dan membuat pemeriksaan doctor hampir setiap bulan,” katanya yang merupakan bekas nelayan dan tinggal di Kampung Gemia, Paka.
Wan Ahmad adalah salah seorang daripada dua orang warga emas contoh yang menerima hadiah daripada Klinik Kesihatan Paka sempena karnival kesihatan anjuran yang disampaikan oleh Exco Kesihatan negeri Terengganu, Dr. A. Rahman Mokhtar baru-baru ini.
Karnival Kesihatan selama sehari anjuran pihak pengurusan Klinik Kesihatan Paka dengan kerjasama Panel Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Paka itu turut merai pesakit contoh yang dinilai berdasarkan kehadiran ke klinik mengikut jadual yang ditetapkan pihak klinik untuk mendapat ubat dan menjalani ujian darah serta mematuhi nasihat yang diberikan doktor.
Pesakit diabetis contoh, Wan Rawi Wan Ngah, 38, berkata, beliau mengidap diabetis semenjak 3 tahun lalu namun begitu dengan mematuhi peraturan pemakanan sebagaimana yang disaran doktor paras gula beliau sentiasa dalam paras yang terkawal iaitu sba1c dibawah paras 6.5 peratus dan tiada komplikasi penyakit.
Pesakit hipertensi contoh, , 51, berkata, beliau mengidap hypertension semenjak 4 tahun lalu dan datang ke klinik kesihatan paka secara berkala untuk mendapat ubat dan menjalani ujian darah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan