Cawangan baru Bank Rakyat Dungun beri lebih keselesaan kepada pelanggan
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
DUNGUN: Perpindahan Bank Rakyat yang beroperasi lebih 9 tahun di Jalan Yahya Ahmad ke bangunan milik milik Bank Rakyat sendiri di Jalan Paka memberikan nilai tambah lebih-lebih lagi dengan kedudukan lokasi yang berada berhampiran laluan utama Terengganu-Kuantan, keluasan letak kereta yang lebih luas, ruang niaga yang luas berbanding keadaan di lokasi asal sebelum ini.
Selaras dengan perkembangan Bank Rakyat yang sentiasa menjadi bank pilihan utama pendeposit dan kini mempunyai 20 cawangan di Pantai Timur bank rakyat akan membuka 3 cawangan di pantai Timur sebelum berakhir tahun ini.
Pelanggan Bank Rakyat, Mokhtar Omar, 52, berkata, ruang yang lebih luas memberi keselesaan kepada para pendeposit untuk berurusan berbanding dengan keadaan di lokasi asal yang sempit dan kurang selesa.
Pengasingan ruang iaitu ruangan pendeposit dan pajak Ar-rahnu di tingkat satu, tingkat dua untuk ruangan saham dan di tingkat tiga pula untuk ruangan dokumentasi memberi keselesaan kepada pelanggan tidak sebagaimana di bangunan asal yang diasingkan tetapi beroperasi di paras yang sama.
Beliau yang mula menabung semenjak 9 tahun lalu amat tertarik dengan perkhidmatan Bank Rakyat berbanding bank yang lain terutamanya berkaitan kemudahan pinjaman perniagaan.
“Proses kelulusan pinjaman Bank rakyat lebih singkat manakala kepelbagaian pinjaman pula memberi banyak pilihan kepada pelanggan untuk membuat pilihan.
Kakitangan Kerajaan, Halim Ismail, 48, berkata, perpindahan pusat cawangan Bank Rakyat menyelesai masalah kekuarangan ruangan parkir yang dihadapi sekian lama pelanggan di bangunan asal.
Ruang parkir yang luas dan kedudukan berdekatan simpang utama Kuala Dungun-Terengganu dan Paka menyenangkan pelanggan dari ketiga-tiga arah perjalanan.
“pelanggan dari Paka dan Kuala Terengganu tidak perlu lagi membuat perjalanan sejauh 1 kilometer melalui Jalan Yahya Ahmad untuk ke Bank Rakyat selaligus menjimatkan masa kerana jalan di Jalan yahya Ahmad sibuk dengan pelbagai kenderaan terutamanya di waktu puncak.
“Sebagai pekerja kerajaan saya selalu kesuntukan masa dan banyak menyelesaikan urusan perbankan ketika masa puncak di tengah hari namun dengan kedudukan bank yang jauh dari kesesakan lalu lintas saya tidak perlu lagi terkejar untuk mendapatkan perkhidmatan.
Razman Rauf, 44, berkata, dengan kedudukan bank rakyat berhampiran dengan bank-bank yang lain di daerah Dungun ianya menaikkan lagi imej Bank Rakyat sebagai sebuah bank bertaraf antarabangsa apatah lagi menjadi bank yang pertama di daerah Dungun memiliki bangunan sendiri yang berdiri megah bersama-sama bank bank-bank yang lain.
“Jika sebelum ini Bank Rakyat terasing daripada lingkaran bank-bank, kini bank rakyat cawangan Dungun berada di kedudukan yang strategik, senang dituju dan menjadi salah satu bangunan yang mewarnai dan menceriakan lagi bandar Dungun.
Ketua Wilayah Timur Bank Rakyat, Berhanuddin Che Abduullah, berkata, bank perpindahan ke premis baru ini Bank Rakyat Cawangan Dungun diharap akan dapat memberi keselesaan yang lebih kepada pelanggan melalui penyediaan perkhidmatan yang terbaik.
“Masa menunggu pelanggan bagi mendapat perkhidmatan di kaunter Ar-rahnu akan dapat dipertingkatkan dengan penambahan bilangan kaunter kaunter.
“Ruangan kaunter operasi lebih luas berbanding di premis lama serta pelanggan tidak perlu lagi bersesak untuk mendapatkan perkhidmatan ATM kerana satu ruangan khas disediakan manakala Electronic Banking Centre (EBC) pula dibuka 24 jam untuk memudahkan pengguna.
“Kita menyasarkan pertumbuhan pendeposit dan pembiayaan Aslah sebanyak di kawasan Dungun sebanyak 20 hingga 25 peratus setahun
“Di pantai timur Bank Rakyat mempunyai 20 rangkaian Cawangan dan sebelum berakhir tahun 2010 bank rakyat akan menambah 3 cawangan baru iaitu di Bera, Bentong dan juga di Kerteh.
“Penubuhan cawangan-cawangan baru di pantai timur amat bertepatan dengan pertambahan pendeposit terutamanya di dalam Akaun Nuri yang mendapat sambutan yang baik semenjak ianya diperkenalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan