search berita di sini

Lokasi strategik mencerap anak bulan akan ditambah

Kota Bharu: Bertujuan memudahkan usaha mencerap anak bulan untuk penentuan tarikh penting dalam kalendar Islam Jawatankuasa Cerapan Hilal Kelantan bercadang menambah beberapa lokasi strategik di negeri itu.

   Pegawai Pengurusan Majlis Agama Islam Kelantan, Tg Sharifuddin Tg Shahbuddin, berkata ketika ini Kelantan mempunyai tiga tempat cerapan rasmi di Bukit Paraksi, Pasir Puteh; Bukit Tembeling , Kuala Kerai; dan Menara Perbadanan Kemajuan IKtisas Negeri Kelantan (PKINK) di Kota Bharu.
   Tg Sharifuddin berkata, cerapan anak bulan penting untuk penentuan awal Ramadhan, Syawal, Zulhijjah.
   "Kedudukan kita di sini agak kurang bauik kerana terpaksa memantau anak bulan di sebelah barat, di mana ada beberapa bukit yang melnindungi penglihatan.
   "Kami sudah mengenal pasti beberapa bangunan baru yang mempunyai ketingggian yang cukup untuk membolehkan cerapan anak bulan dilakukan.
   "Kita berharap dengan penambahan beberapa tempat baru nanti akan memudahkan kita untuk melihat anak bulan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan