search berita di sini

FAMA tubuh PTD atasi kesukaran membuka tapak pasar tani baru di Kelantan

Kota Bharu:   Ekoran pilihan kepada pasar tani yang semakin sukar dibuka kerana kengkangan tapak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka lebih banyak Pasar Taniraya (PTD) di seluruh negeri ini.
   Langkah itu diambil FAMA Kelantan berikutan tiada lot tanah yang luas untuk membolehkan lebih banyak pasar tani dibuka kepada usahawan berminat.
   FAMA Kelantan menghadapi kesukaran membuka tapak pasar baru pasar tani di seluruh negeri yang sudah mempunyai 21 tempat membabitkan 1, 210 peserta berikutan kesukaran mendapat tapak baru yang luas.
   Justeru itu PTD diperkenalkan khusus bagi membuka peluang kepada usahawan pasar tani yang kekurangan modal.
   Pengarah FAMA Kelantan, Mamat YUnus, berkata, PTD juga adalah alternatif baru kerana boleh beroperasi di premis-premis rumah kedai dengan konsep kanopi. Ia boleh dibuka secara usaha sama menerusi gabungan beberapa peniaga bagi menjalankan perniagaan runcit dan borong di bawah satu bumbung.

  Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak penyertaan bumiputera dalam aktiviti pemasaran hasil pertanian.
  "FAMA memperuntukkan RM 150,000 bagi membuka tiga PTD setakat ini masing-masing di Kuala Kerai, Tanah Merah serta Kota Bharu dan berhasrat menambah dua lagi premis seumpama itu," katanya selepas Pelancaran PTD Pengkalan Chepa dekat VBulatan Chempaka di sini yang dirasmikan oleh Pengerusi Majlis 3Pembangunan Pertanian Parlimen (M3P) Pengkalan Chepa, Dali HUsin.
   "Sebanyak RM 15, 000 diperuntukkan bagi pembinaan prasarana itu di sini yang dilengkapi dengan bekalan elektrik, rak serta perlalatan yang akan disewakan kepada usahawan pada kadar tertentu.
   Beliau memuji langkah yang diambil FAMA bagi membantu golongan usahawan negeri ini meningkatkan pendapatan mereka.
   Diharap dengan pembukaan lebih banyak PTD ianya alkan membuka lebih banyak peluang kepada usahawan muda yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini.
   Usaha berterusan agensi ini wajar diteruskan untuk membantu usahawan yang memerlukan bantuan, terutama memasarkan hasil pelbagai produk berasaskan pertanian
   malah PTD yang dibuka bukan sahaja memberi fokus kepada jualan buah-buahan saja,  malah juga dapat mempelbagaikan produk seperti barangan basah dan runcit, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan