search berita di sini

Sebiji Manggis di AS RM 10, di Malaysia 20 sen.
Kuala Rompin: Dasar pasaran terbuka yang diperkenalkan Presiden BArrack Obama memberi peluang kepada pengusaha buah tempatan memperoleh pendapatan berlipat kali ganda dengan cara mengeksport buah-buahan tempatan ke republik itu
.
   Ini kerana buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis, mangga, duku, dokong, duku langsat dan nanas mendapat permintaan tinggi di republik itu.
  Pengusaha tempatan boleh mengaut keuntungan berlipat kali ganda yang begitu luas dan menggalakkkan serta harga jualan di negara itu yang tinggi.
  Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Jamaluddin JArjis, berkata dasar baru itu memberi peluang kepada usahawan tempatan mengeksport hasil negara secara lebih meluas.
  Beliau berkata pada masa ini negara agak ketinggalan dalam mengeksport buah tempatan berbanding Thailand yang mengeksport bekalan buah tempatan seperti pisang, manggis, durian dan rambutan keluar negara.
  "Pengusaha tempatan perlu memikir kaedah terbaik termasuk dari segi mutu, pembungkusan, penggredan dan ketahanan bagi menarik pengguna di negara berkenaan.
  Jamaluddin yang juga Ahli PArlimen Rompin berkata, pasaran produk halal dari negara berkenaan juga luas kerana terdapat ramai orang islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan