Projek 63 juta bakal mengatasi kesesakan trafik bandar Kuala Terengganu; Datuk BAndar Kuala terengganu
Kuala Terengganu: Bagi mengatasi kesesakan trafik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengambil langkah membina terminal pengangkutan awam bersepadu di pinggir bandar ini iaitu di Bukit Besar yang membabitkan peruntukan sebanyak RM 63 juta.
Satu lagi kawasan parkir tiga tingkat dengan kapasiti 250 buah kenderaan bernilai RM 9.8 juta di Batas Baru tutut dibina bagi mengatasi maslah kekurangan tempat letak kereta yang menjadi masalah utama warga bandar raya ini.
Adzlan berkata, MBKT juga sedang melaksanakan beberapa projek pengindahan bandar raya ini bagi menambah kecerian dengan membina mercu tanda di semua pintu masuk iaitu di Chendering, Padang Midin, Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan di Batu Rakit.
...menjalankan kerja-kerja membaik pulih landskap di jalan utama serta menaik taraf yang sedia ada di Taman bunga Raya dan Arca Piala Monsun berhampiran Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Taman-taman awam juga diberi penambahbaikan dengan penambahan pusat beriadah dan taman permainan bagi keselesaan orang ramai.
MBKT juga akan mempunyai bangunan sendiri setinggi 18 tingkat yang akan dibina di Muara Selatan BAndaraya Kuala Terengganu tidak lama lagi.
Pembinaan MEnara MBKT akan dapat meningkatkan imej pihak berkuasa tempatan selain dapat memberi keselesaan kepada warga kerja dan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan.
Perancangan sudah disusun untuk pembangunan dua kawasan perniagaan baru di Gong Badak yang dilaksanakan dua buah syarikat iaitu Metro Pasific dan Rimba Jaya yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan Gong Badak," katanya pada MAjlis Malam Mesra MBKT bersama Media di sini, kelmarin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan