Tinggal di bangsal usang rumah roboh
Gua Musang: Keperitan hidup sebuah keluarga di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Jeram Tekoh di sini, yang terpaksa mendiami sebeuah bangsal usang selepasa rumah mereka runtuh akhir Jun lalu berakhir apabila mendapat sebuah rumah baru yang dibina secara gotong royong yang turut disertai 20 ahli PEKIDA dan penduduk kampung.
Peneroka, Mat Ali Che Deraman, berkata, beliau bersama isteri dan dua anak serta seorang cucu tinggal di bangsal usang yang di bina itu selepas kehilangan tempat tinggal sebaik rumah asal runtuh ketika mereka sedang tidur.
Beliau yang mengambil langkah membina bangsal itu sebagai tempat perlindungan sementara bersyukur apabila mendapat perhatian PEKIDA serta peneroka stempat yang sanggup mengadakan gotong royong membina rumah.
"Mujurlah ada pihak yang prihatin dan simati terhadap masalah kami, mengambil berat kehidupan kami yang terpaksa tinggal di bangsal buruk ini, jika tidak kemungkinan kami sekeluarga akan terus tinggal di situ sepanjang masa kerana tidak mampu membina rumah.
"Memang rumah yang runtuh itu sudah lama terbiar uzur tetapi bernasib baik ketika kejadian kami bersama isteri dan anak serta cucu cepat menyelamatkan diri sebaik keadaan rumah bergoyang.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 ma;am, pada 6 JUn lalu, lima beranak itu sedang tidur terpaksa bergegas bangun menyelamatkan diri sebaik menyedari rumah terbabit bergegar sebelum runtuh.
Mat Ali mengakui beliau sudah disediakan tapak rumah di KAmpung Baru Jeram Tekoh sejak menjadi peneroka RKT itu lebih 20 tahun lalu tetapi tidak mamu membinanya hingga terpaksa tinggal di rumah peneroka lain yang ditinggalkan kosong itu.
Beliau melahirkan terharu apabila dikunjungi pelbagai pihak untuk menghulurkan sumbangan berikutan kejadian yang menimpanya termasuk pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelnatan Daerah Gua Musang.
Ali berkata, pendapatan hasil ladang sekitar RM 500 sebulan tidak mampu untuk membina sendiri rumah hanya sekadar cukup belanja makan dan persekolahan anak saja.
"Walaupun rumah yang dibina secara gotong royong itu kecil saja berikutan kayu dan papan diambil daripada rumah lama yang runtuh, tetapi kami tidak mengambil kisah asalkan dapat tinggal lebih selesa," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan